Bimbang PKP melarat hingga Mei, Sidang Dun Sabah tetap diadakan 16 April
17:04 Apr 15, 2020  |  By SabahKini2
Bimbang PKP melarat hingga Mei, Sidang Dun Sabah tetap diadakan 16 April

Hanya kerana bimbang Mei berakhir dan sidang dun tak dapat dibuat maka ia boleh memberi masalah kepada kerajaan negeri. Oleh itu Sidang Dun perlu dibuat bimbang menjadi punca kerajaan semakin goyah lagi..

KOTA KINABALU: Sekalipun dikecam teruk oleh netizen Kerajaan Warisan tetap mahu meneruskan persidangan Dewan Undang Negeri (DUN) esok (16 April) sekalipun dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dibenarkan datang ke persidangan berkenaan namun hanya 50 orang saja boleh memasuki dewan dalam satu masa.

“Menurut Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sabah, kita mempunyai tempoh enam bulan untuk bersidang semula daripada mesyuarat terakhir iaitu November tahun lalu.

“Mengikut pengiraan, tempoh persidangan boleh dibuat hingga Mei hadapan tetapi kita tidak mahu mengambil sebarang kemungkinan berikutan tiada kepastian sama ada PKP masih diteruskan atau sebaliknya ketika itu,” katanya ketika sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kepada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Kota Kinabalu

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata, hanya dua kementerian iaitu Kementerian Kewangan serta Jabatan Ketua Menteri bakal membentangkan usul pada sidang DUN kali ini.

Sidang DUN Sabah ke 15 sebelum ini ditetapkan berlangsung selama lima hari kini dipendekkan dengan hanya mengambil masa tiga hari iaitu mulai esok dan 20 hingga 21 April.

Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijadual menyempurnakan istiadat pembukaan DUN Sabah, esok.

Sebelum ini dilaporkan beberapa pemimpin PH Sabah di kuarantin kerana COVID-19 selepas seorang MP Sarawak Kelvin Yii (Bandar Kuching) disahkan positif mac lalu.

Ia menyebabkan semua pemimpin DAP, Tun Dr Mahathir, Christina Liew, Noorita Sual MP Tenom, Datuk Jaunjan, VK Liew dan lain-lain lagi di Kuarantin.

Shafie Apdal sendiri dilihat dua  minggu menghilang dilaporkan kuarantin diri bagi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Esok beberapa Adun PH ini pula akan hadir walaupun sudah disahkan COVID-19 negatif bagaimanapun kebimbangan mengenai penyakit berjangkit itu wajar diberi perhatian. Jika tidak ia mungkin boleh menjadi kluster baharu di Sabah.

 

Comment