Netizen kecam Menteri, Timbalan, pemimpin PN dan PH langgar PKP
00:04 Apr 19, 2020  |  By SabahKini2
Netizen kecam Menteri, Timbalan, pemimpin PN dan PH  langgar PKP

Susulan kecaman dan teguran buat Timbalan Menteri Kesihatan tidak kurang juga gambar-gambar pemimpin PN dan PH turut tular dianggap melanggar PKP.

Hari ini kecoh dilaporkan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali dan Exco Kerajaan Negeri Perak, Razman Zakaria menghadiri satu majlis makan beramai-ramai di sebuah maahad tahfiz di Lenggong.

Ia bermula selepas ‘posting’ di laman Facebook Noor Azmi, beliau dan rombongannya telah singgah ke maahad tahfiz tersebut dan telah diraikan dengan juadah masakan kampung.

“YBTMK 1 dan rombongan singgah di Maahad Tahfiz di Lenggong yang diusahakan oleh YB Exco, Tuan Haji Razman dan diraikan dengan juadah masakan kampung,” katanya Noor Azmi dalam laman Facebooknya.

Gambar-gambar yang dimuatnaik didakwa telah melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan. Tindakan Timbalan Menteri itu dikecam netizen seolah-olah mereka kebal daripada undang-undang.

 

Antara Infografik ditularkan Netizen hari ini

Walaupun Azmi memadam hantaran facebooknya itu ia tidak meredakan suasana kerana ia turut mendapat perhatian daripada Menteri Kanan Kluster Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila berkata menyerahkan kepada polis untuk menentukan sebarang tindakan ke atas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tiada siapa boleh mengatasi undang-undang dan difahamkan sudah ada laporan polis dibuat ke atasnya.

“Sesiapa saja kena diambil tindakan, tiada siapa boleh atasi undang-undang. Bagaimanapun, saya difahamkan sudah ada laporan polis terhadap kes itu dan kita serahkan kepada polis untuk tindakan,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.


Selepas Timbalan Menteri Kesihatan

Susulan selepas Timbalan Menteri Kesihatan dilihat melanggar Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) lebih banyak gambar-gambar pemimpin sama ada daripada PH, PN dan parti dihantar dalam facebook sebagai melanggar PKP.

Sebelum ini Shafie Apdal Ketua Menteri dan Adun Warisan/UPKO/PH dikecam mengadakan Sidang Dun Sabah bermula 16 April. Gambar-gambar yang tular dilihat tidak mengikut SOP KKM ‘social distancing’ dan “crowd control” tidak dikawal. Begitu juga program anjuran Adun PKR YB Roland Chia pemberian kubis yang menyebabkan kesesakan teruk di Pekan Inanam. Setakat ini tidak diketahui sama ada terdapat laporan polis atau tindakan terhadap mereka. 


Menurut Shafie Apdal ‘social distancing’ Dun ini menepati SOP KKM. KKM disebelah dah bisik ok bos!

Nampaknya wartawan sudah boleh bertanya esok kepada Menteri Kanan Keselamatan mengenai status kes Shafie Apdal dan program PKR pemberian sebiji kubis itu. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Adun Warisan berhimpun di DUN demi kuasa, rakyat susah demi sebiji kubis! ]

 
Program PKR ADUN Inanam 'Ikhlas' demi sebiji kubis

 

 Perjumpaan pemimpin UMNO Sabah di Kuala Lumpur

Turut dimainkan dalam laman sosial ialah perjumpaan pemimpin UMNO Sabah di Kuala Lumpur baru-baru ini menemui Presiden UMNO. Ia berhubung beberapa tuntutan jawatan pemimpin UMNO Sabah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana Menteri. Surat tuntutan Presiden UMNO itu turut tular dalam laman sosial.


Komen-komen yang dibangkitkan netizen ialah  apakah perjumpaan ini turut melanggar Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) kerana dilihat tidak melakukan penjarakan sosial atau ‘social distancing’. Gambar turut didapati dalam hantaran twitter Datuk Ahmad Masalan Setiausaha Agung UMNO. Begitu juga dasar kuarantin penerbangan ke Sabah dan Sarawak apakah terpakai untuk rakyat biasa sahaja?

Menteri Besar Terengganu dan bekas Menteri Besar

Turut tular dan dibincangkan dalam laman sosial ialah kunjungan bekas Menteri Besar Terengganu YB Dato' Seri Ahmad Said ke kediaman Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. 

Dr Ahmad Samsuri memuat naik gambar itu dalam twitter rasminya. Paparan gambar itu mengundang rasa tidak senang netizen tentang perlanggaran Perintah Kawalan Pergerakan dikalangan pemimpin di negara ini.

 
Fahmi Fadzil PKR MP Lembah Pantai

Hantaran gambar beliau dalam laman twitternya turut mendapat kecaman rakyat sebagai melanggar Perintah Kawalan Pergerakan. Netizen membangkitkan soal Social distancing seperti program pemberian bantuan dan mengadakan mesyuarat.

Menteri JPM (Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 

Tidak terlepas menjadi kecaman daripada pembangkang ataupun netizen ialah tindakan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri Menteri Agama berkumpul melanggar penjarakan sosial dalam tempoh PKP. Gambar-gambar beliau dalam laman sosial FB dan aplikasi Whatapps


 
Christina Liew Timbalan Ketua Menteri Sabah (Pengerusi PH Sabah)

Program Pejabat Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau diketuai Datuk Christina Liew, Ahli Parlimen Tawau turut menjadi bahan perbualan rakyat. Menurut netizen berkumpul beramai-ramai sekalipun mempunyai topeng muka adalah jelas melanggar PKP. Turun padang dan berkumpul beramai-ramai masih dianggap cara yang tidak sesuai memandangkan rakyat tetap dilarang berbuat demikian.


 

Datuk Abdul Rahman Mohamad Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar

Tindakan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Abdul Rahman Mohamad yang berkujung ke rumah rakan politiknya bersama rombongan dan menikmati jamuan makan tengah hari.

Nasarrudin yang juga Ketua Umno Klang dalam hantaran di Facebooknya memaklumkan yang beliau dan rombongannya kemudiannya mengiringi Rahman untuk menyampaikan bantuan kepada masyarakat orang Asli.

Menteri, Timbalan dan VIP tidak kebal undang-undang

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan mengingatkan Menteri dan timbalan menteri tidak kebal daripada tindakan undang-undang jika sengaja mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri 

Beliau berkata jika benar ada perkumpulan yang melibatkan mana-mana menteri mahupun timbalan menteri dilakukan secara sengaja, terpulang kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Semua orang tertakluk kepada undang-undang, termasuk menteri tak ada imuniti terhadap undang-undang ini. Kalau dikatakan sengaja (mengingkari PKP) dan terang-terang melanggar prosedur operasi standard (SOP), terpulang kepada penguat kuasa untuk ambil tindakan. Namun ia bergantung kepada kesalahan.

"Menteri bermesyuarat setiap hari mengenai isu-isu berkaitan Covid-19 dan setelah selesai mesyuarat, ada yang memerlukan (melakukan) tinjauan lanjut. Sebagai contoh seorang menteri datang ke satu tempat, ia melibatkan taklimat, melibatkan pandangan yang perlu diambil," katanya.

Hukuman langgar PKP

Di Sabah dua lelaki yang melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperintahkan untuk menjalani khidmat masyarakat dengan membersihkan tandas awam selama tiga bulan.

Juruteknik penyaman udara Adrian Chok Ken Kit, 23, dan AK Mohd Dauk Hj Sulaiman, 33, yang bekerja sendiri, dikenakan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dengan melakukan kerja komuniti selama empat jam sehari atau tiga bulan penjara selepas mereka mengakui terhadap kesalahan itu pada Rabu.

Majistret Lovely Natasha Charles ketika menjatuhkan hukuman itu berkata orang ramai mungkin tidak tahu apa itu khidmat masyarakat dan oleh itu menyatakan bahawa kedua-dua mereka akan membersihkan tandas awam yang kotor.

Beliau selanjutnya memerintahkan kedua-duanya membersihkan tandas awam sebagai sebahagian daripada khidmat masyarakat dan tempat tandas awam itu akan ditentukan oleh Pegawai Parol.

Mungkin idea ini bagus diaplikasikan bagi golongan VIP di negara ini

[ARTIKEL BERKAITAN- COVID-19: Dua lelaki langgar PKP dihukum cuci tandas awam 3 bulan ]

 

1 Comment