Bukti salah PH! 5 Fakta Kerajaan PH gagal bendung kluster Tabligh
12:04 Apr 19, 2020  |  By SabahKini2
Bukti salah PH! 5 Fakta Kerajaan PH gagal bendung kluster Tabligh

Pemimpin PH termasuk bekas Menteri Kesihatan meroyan dikatakan punca kegagalan bendung kluster Tabligh. Rata-rata pemimpin PH masuk mode "in denial". Hakikatnya...

Nampaknya hari ini kita masuk lagi musim nak cari salah siapa kenapa Covid-19 merebak dalam negara - terutama siapa yang salah dengan kluster Tabligh.

Rata-rata pemimpin PH masuk mode "in denial".

Sebab itu, Najib memberikan 5 fakta bukti bahawa merebaknya COVID-19 adalah kegagalan PH menyekatnya lebih awal

FAKTA 1. PH tak pernah naikkan status amaran Covid:

[ARTIKEL BERKAITAN- Malaysia will not increase virus alert status, says Wan Azizah]

MALAYSIA will not follow Singapore in increasing its alert level following the coronavirus outbreak, because the situation here is under control, said Deputy Prime Minister Dr Wan Azizah Wan Ismail.

“We will have talks with Singapore soon. It is different there. We are concerned about sporadic cases. At the moment, most cases here are Chinese nationals,” Dr Wan Azizah said.

FAKTA 2. PH tak pernah halang perhimpunan umum (termasuk perhimpunan Tabligh).

[ARTIKEL BERKAITAN- Tiada halangan untuk perhimpunan, persidangan, kata TPM 

Kerajaan tidak mengenakan sebarang halangan untuk perhimpunan atau persidangan berskala besar, termasuk sambutan Thaipusam pada 8 Feb, di sebalik kebimbangan mengenai wabak koronavirus. Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata sehingga kini tiada nasihat daripada Pertubuhan Kesihatan Sednia (WHO) berhubung acara-acara seperti itu.

Malah sehingga 11 Mac (iaitu sehari selepas kes pertama berhubung Tabligh dikesan), PH masih jemput orang himpun beramai-ramai dalam ceramah seluruh negara untuk menghasut Rakyat menolak PH.

[ARTIKEL BERKAITAN - 11 Mac 2020: Jelajah Harapan mula tunjuk bunga-bunga sokongan, kata Mahfuz ]


Ini adalah bukti PH TAK PERNAH ada niat untuk hentikan perhimpunan awam.

Semua perhimpunan dan acara awam hanya dilarangkan seluruh negara pada 13 Mac 2020 (iaitu 2 hari selepas menteri-menteri kabinet kerajaan PH dilantik)

[ARTIKEL BERKAITAN- COVID-19: Semua perhimpunan, mesyuarat antarabangsa ditangguh sehingga 30 April - PM ]


FAKTA 3: Apabila pengarah WHO memberi amaran bahawa Malaysia bakal mengalami gelombang besar Covid, kerajaan PH tak hirau.

Malah mereka kata amaran WHO akan cetuskan kebimbangan Rakyat. 12 February 2020 (dua minggu sebelum acara Tabligh bermula):

[ARTIKEL BERKAITAN -  KKM khuatir kenyataan Pengarah WHO cetus kebimbangan rakyat – Dzulkefly ]

 

FAKTA 4: Kerajaan PH tak pernah halang semua pelancong dari China (hanya beberapa wilayah sahaja), dari Korea Selatan, dari Iran atau dari Itali.

Larangan ini hanya dikeluarkan pada 11 Mac 2020 iaitu hari pertama kabinet baru masuk kerja:

[ARTIKEL BERKAITAN- 11 Mac Kabinet larang warga Itali, Iran, Korea Selatan masuk Malaysia]



 

FAKTA 5. PH beri kelulusan perhimpunan Kluster Tabligh


Oleh kerana kerajaan PH tak pernah haramkan himpunan besar-besaran maka pada 12 Feb 2020, pihak polis serta DBKL telah memberi kelulusan kepada Masjid Seri Petaling untuk mengadakan himpunan 16,000 orang pada 27 Februari hingga 1 Mac. Penganjur juga telah mendapat permit polis 



https://www.facebook.com/…/a.2947874309…/10156862632130952/…

Pada masa DBKL memberi kelulusan, siapa Menteri WP dan siapa Menteri jaga agama?

Pada 24 Feb 2020 iaitu hari kerajaan PH tumbang dan juga 3 hari sebelum acara tabligh bermula, siapa Menteri WP dan seiapa Menteri jaga agama?

Adakah Menteri jaga agama pernah sedar acara seramai 16,000 akan berlangsung di sebuah masjid dalam Malaysia?

Adakah Menteri Wilayah Persekutuan pernah sedar acara seramai 16,000 akan berlangsung di sebuah masjid di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan?

Pada 27 Feb hingga 29 Feb iaitu 3 hari pertama acara Tabligh, siapakah PM interim?

PH masih mahu nafi?

 

Najib Razak

[Nota: Gambar disesuaikan dengan artikel]

Comment