Adham Baba mengaku 'tersasul' bukan 500 negara tapi ‘500 Wakil'
15:04 Apr 19, 2020  |  By SabahKini2
Adham Baba mengaku 'tersasul' bukan 500 negara tapi ‘500 Wakil'

Hari ini Dr Adham Menteri Kesihatan tampil membetulkan keadaan dengan mengaku dia tersasul menyebut 500 negara, sepatutnya 500 wakil. Adham mengucapkan terima kasih atas teguran.

 

Menteri Kesihatan Adham Baba menjelaskan bahawa beliau tidak sengaja mengatakan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) terdiri dari “500 negara” ketika siaran langsung Facebook bersama Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

“Saya tersasul mengatakan 500 negara - yang saya maksudkan adalah 500 peserta dari seluruh dunia,” katanya kepada The Star

Semasa perbualan itu, menteri kesihatan itu mengatakan bahawa beliau yakin bahawa usahanya setakat ini sebagai menteri dalam memerangi penularan Covid-19 telah diakui secara global.

“Saya telah mengadakan persidangan video dengan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia), saya melakukan persidangan video langsung dengan menteri kesihatan dari China, Singapura dan juga persidangan secara langsung dengan menteri-menteri Asean,” katanya.

“Saya telah mengadakan persidangan video dengan WHO, (dan) 500 negara,” katanya kepada presiden Umno.

Ucapan tersebut dijadikan jenaka pengguna media sosial, wal hal bukan hanya Dr Adham Menteri yang pernah tersasul ramai lagi seperti Anwar Ibrahim, Salahuddin Ayub, Dr Maszle dan termasuk Tun Dr Mahathir.

Jika salah bantu perbetulkan

Sementara itu Dr Adham Baba dalam instagramnya menjawab salah seorang pengikut di Instagramnya yang mahu kepastian mengenai jumlah sebenar bilangan negara di seluruh dunia.

Soalan itu ditujukan berikutan Dr. Adham mengatakan telah membuat telesidang video bersama ‘500 negara’ dalam satu telesidang video bersama Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi.

“Datuk tolong jawab, saya nak tanya mengenai negara di dunia ini ada berapa? Sebab saya rasa Goggle bagi jawapan salah,” tanya Muhammad Putra

“Muhammad Putra Google tidak salah. Ya saya tersalah sebut 500 negara. Sepatutnya 500 wakil negara. Jika saya salah, saudara kena bantu perbetulkan itupun jika saudara mahu melihat pentadbiran kerajaan menjadikan negara ini lebih baik,” jawab Dr. Adham.

 

1 Comment