Kit Siang kena kanser tahap pertama
20:12 Dec 27, 2017  |  By SabahKini2
Kit Siang kena kanser tahap pertama

"Tumor kecil ini mujur ditemui ketika pemeriksaan kesihatan berkala ke atas Kit Siang.

KETUA Parlimen DAP Lim Kit Siang selamat menjalani pembuangan satu tumor dan  kata Lim Guan Enh setiausaha agung parti DAP yang juga anaknya

Lim Guan Eng berkata ahli Parlimen Gelang Patah itu menjalani prosedur laparoscopic partial nephrectomy pada 19 Disember untuk membuang tumor kecil, ketumbuhan kanser di buah pinggang kiri.

"Tumor kecil ini mujur ditemui ketika pemeriksaan kesihatan berkala ke atas Kit Siang.

"Ujian biopsi pada tumor, yang telah dikeluarkan, mendapati ia adalah kanser tahap pertama, kanser tahap paling rendah.

Doktor juga menjangkakan beliau pulih sepenuhnya.

“Ayah saya Lim Kit Siang sedang beransur sembuh daripada pembedahan dan telah mula bersiar meregangkan kaki,” katanya.

Pengerusi DAP Johor merangkap anggota parlimen Kluang Sdr Liew Chin Tong akan membantu menyelia kerja-kerja kawasan sepanjang ketiadaan Kit Siang.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, 76 pada tahun 2014 pernah dimasukkan ke ke Institut Jantung Negara (IJN) dikaitkan masalah saluran darah tersumbat di dalam hatinya, namun  doktor ketika itu mengesahkan selamat.

Lim Kit Siang yang dikatakan seorang kuat bekerja namun ramai mengadu Lim Kit Siang ‘tidak ditemui’ di Gelang Patah sehingga ada pihak membuat poster “orang hilang”.

 

3 Comments