Fuziah mengaku tidak bersalah walaupun minta maaf sebar video Palsu
15:04 Apr 29, 2020  |  By SabahKini2
Fuziah mengaku tidak bersalah walaupun minta maaf sebar video Palsu

Fuziah didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada orang awam.

JOHOR BAHRU – Tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah. Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh mengaku tidak bersalah atas dakwaan menimbulkan kegentaran awam menerusi satu hantaran di Facebook pada 9 April lalu.

Bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Majistret R. Salini di Mahkamah Majistret dekat sini, hari ini.

Fuziah didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan ketakutan kepada orang awam.


Sebar video fitnah mengaku minta maaf... lepas tu di mahkamah tak mengaku

Ia membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad manakala tertuduh diwakili peguam, Hassan Karim dan John Fernandez.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin manakala sebutan kedua kes ditetapkan pada 16 Jun depan.

Pada 9 April lalu Fuziah memuat naik satu hantaran yang mendakwa peker-pekerja Malaysia di Singapura membuat percubaan balik beramai-ramai ke negara ini sehingga menyebabkan kesesakan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Bagaimanapun video palsu itu diambil dari video lama ketika Latihan kebakaran di sebuah premis di Johor.

Selepas dikecam netizen Fuziah memadam video itu dan meminta maaf kerana memuat turun video lama yang menyebabkan rakyat marah dengan bekas timbalan Menteri agama.

 

Pertuduhan politik

Bagaimanapun Fuziah kenyataan medianya menyatakan keraguannya sama ada pertuduhan ke atasnya itu adalah atas dasar politik atau sebaliknya.

“Sekiranya pertuduhan ini bersifat politik ianya amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku,” katanya dalam satu kenyataan media

 

 

Comment