Laporan polis terhadap isteri Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah hina kaum Murut, institusi diraja
02:05 May 01, 2020  |  By SabahKini2
Laporan polis terhadap isteri Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah hina kaum Murut, institusi diraja

Tiada siapa boleh terlepas daripada undang-undang. Timbalan Menteri dan Exco Kerajaan Negeri pun boleh didakwa di mahkamah. Isteri Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah dilaporkan polis kerana menghina kaum murut dan bersifat menghasut institusi beraja.

TENOM: Tiada siapa boleh terlepas daripada undang-undang. Timbalan Menteri dan Exco Kerajaan Negeri pun boleh didakwa di mahkamah baru-baru ini. Inikan seorang isteri Pengerusi Agensi di Negeri Sabah yang juga pejuang Parti Warisan.

Penduduk Kemabong, Parimin Bangkalon membuat laporan Polis susulan terhadap Nurliyana Abdullah yang juga isteri Datuk Ismaily Bungsu Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah memfitnah dan menghina suku kaum Murut.

Menerusi satu hantaran dalam Facebook miliknya, Nurliyana Abdullah pada 28 April 2020 telah memuat naik satu artikel di Facebook yang mempunyai kata-kata hasutan, kebencian dan penghinaan berunsurkan perkauman dan penghinaan terhadap institusi diraja.

"Individu itu dengan sengaja menjatuh atau mengaibkan suku kaum Murut seperti bangsa yang tidak bermaruah (rujuk perenggan ke-17). Suku kaum Murut digambarkan sesat, murtad dan tuduhan melampau kononnya menjahanamkan Sabah.

"Kenyataan artikel dilihat menyemai api perkauman dan kebencian suku kaum Murut terhadap bangsa Melayu.(rujuk perenggan ke-5 dan 7). Ayat bertuankan melayu, pengkhianat dan menjadi tali barut untuk menjahanamkan Sabah.

"Satu penghinaan pada suku Kaum Murut (Murut Kemabong) yang dikatakan men 'JILAT' UMNO (rujuk perenggan ke-4)," tegasnya.

Katanya, dalam artikel berkenaan juga menghina institusi diraja dalam negara (rujuk perenggan ke-2). UMNO ditubuh di istana Johor oleh Bugis sebab rajanya Johor memang Bugis.

"Nurliyana Abdullah telah menimbulkan kemarahan dan provokasi kepada suku kaum Murut dengan tuduhan dan dakwaan melulu yang sangat biadap.

Sehubungan itu, sebagai kaum Murut, kami mahu individu ini diambil tindakan undang-undang yang tegas oleh pihak berkuasa kerana mencetuskan fitnah, menghina suku kaum Murut, menyemai api perkauman, buruk sangka terhadap suku kaum Murut dan menghina institusi diraja.

"Artikel ini telah melibatkan perkauman dan dakwaan berat, menyebut suku kaum Murut sebagai pengkhianat hingga menjahamkan Sabah.

Dalam laporan polis itu, Parimin berkata soal bangsa tidak harus dibangkitkan, ini soal maruah bangsa Murut khususnya Murut Kemabong. Dakwaan berat sebelah yang dibuat boleh menyemai prasangka negatif terhadap kaum Murut dan memperlekehkan maruah sesuatu bangsa.

"Tindakan tegas wajar diambil oleh pihak berkuasa kerana kandungan artikel provokatif ini amat serius yang boleh menimbulkan suasana tegang dan mencetuskan isu perkauman jika dibiarkan begitu sahaja," katanya.

Tegasnya, kami mohon pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) agar meneliti dan menyekat Facebook 'Nurliyana Abdullah' kerana sering menimbulkan provokasi melalui tulisan-tulisannya atau 'post' di dalam akaun Facebook miliknya.

Nurliyana isteri Datuk Ismaily Bungsu ini dilihat kaya berduit menunjukkan mampu beli barang makanan membantu kes COVID-19 dan jika sabit bersalah pun masih mampu membayar kes fitnahnya. Mungkin wang dari mana-mana kontraktor yang menjaga Ismaily Bungsu sebagai Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah yang berdiri di belakangnya. 


Isteri Ismaily Bungsu ini mempunyai banyak wang sesuailah PDRM dan SKMM dakwa dia lebih cepat. Insha Allah dia mampu membayar bagi kesnya

41 Comments