Video dirakam puji Ketua Menteri Warisan mahu tunjuk rakyat berterima kasih namun jadi strategi 'makan diri'; Rakyat terasa disisihkan, warga asing untung ketika COVID-19. Warisan lapor polis perjelas wang RM1000 dan bantuan makanan warga Pakistan
KOTA KINABALU: Gara-gara tular sebuah video menunjukkan seorang lelaki Pakistan mengucapkan terima kasih kepada Shafie Apdal dan Kerajaan Warisan selepas menerima bantuan COVID-19 dan juga RM1000.00 akhirnya mendapat reaksi negatif daripada rakyat Sabah
Netizen mempersoalkan bagaimana seorang warga asing boleh menerima bantuan barangan makanan dan RM1000. Bagaimana Ketua Bahagian Warisan Tawau dan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Warisan boleh memberi bantuan itu? Lebih malang RM300 bantuan belum diterima oleh rakyat susah tetapi warga asing menerima bantuan makanan dan wang. Begitulah persoalan berlegar dalam laman sosial hari ini
Menyedari persepsi buruk video itu, Parti Warisan Bahagian Tawau membuat satu laporan polis berhubung penularan sebuah video itu. Ia kelihatan melapor strategi kempen Warisan yang salah dan memakan diri.
Laporan tersebut dibuat Ketuanya, Abdul Salip Ejal di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau bagi memberi penjelasan tentang perkara sebenar sebelum video berkenaan disalah erti oleh mana-mana pihak.
Dalam laporannya, Abdul Salip menafikan bantuan RM1,000 yang diterima isteri lelaki tersebut yang merupakan rakyat Sabah adalah daripada Kerajaan Warisan sebaliknya wang itu merupakan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang disediakan Kerajaan Persekutuan.
“Di sini saya ingin memperbetulkan perkara yang sebenar iaitu bantuan diberikan oleh kerajaan negeri adalah berupa barangan makanan sahaja.
“Wang sebanyak RM1,000 yang dimaksudkan adalah Bantuan Prihatin Nasional. Penerima bantuan daripada kerajaan ini adalah isteri kepada warga Pakistan tersebut,” katanya.
Video berdurasi 59 saat itu menunjukkan lelaki berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Sadiq Shah menunjukkan beberapa jenis barangan makanan yang diberikan kerajaan negeri melalui isterinya.
Bantuan RM1,000 tersebut adalah BPN yang disediakan Kerajaan Persekutuan kepada isi rumah rakyat Malaysia bagi kategori M40 yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Barangan makanan adalah bantuan yang disediakan kerajaan negeri kepada semua isi rumah memerlukan di Sabah bagi meringankan beban mereka sepanjang tempoh PKP.
Abdul Salip berkata, beliau berharap laporan itu dapat memperbetulkan keadaan agar masyarakat tidak terkeliru dengan bantuan yang diberikan.
“Oleh itu laporan polis ini dibuat untuk memperbetulkan kenyataan yang tular di media sosial agar masyarakat di luar tidak keliru dengan bantuan yang diberikan oleh kerajaan negeri,” katanya.
Netizen mempersoalkan apa motif video Pakistan memuji Shafie Apdal yang dibuat oleh Warisan itu selepas dikecam Warisan sendiri lapor kepada pihak polis.
Sebelum ini turut tular video bantuan Warisan membantu rakyat yang tiada Kad Pengenalan sahaja. Video itu tular dalam laman sosial.
Pemberian bantuan Warga Asing oleh Warisan ketika krisis COVID-19 adalah KPI Warisan.