Negeri perlu patuhi PKPB elak disaman berbilion ringgit pihak industri
18:05 May 04, 2020  |  By SabahKini2
Negeri perlu patuhi PKPB elak disaman berbilion ringgit pihak industri

Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia dan Dewan Perniagaan Melayu menggesa kerajaan negeri membenarkan perniagaan kembali beroperasi

Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali mengingatkan kerajaan negeri kemungkinan tindakan undang-undang yang boleh diambil oleh pihak industri jika ekonomi tidak dibuka semula di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) seperti yang diputuskan kerajaan

Kerajaan negeri yang ‘acah-acah’ tunjuk kuasa dan enggan mematuhi pengumuman Putrajaya untuk meringankan perintah kawalan pergerakan (PKP) berisiko disaman berbilion ringgit oleh syarikat yang menuntut ganti rugi kerana dihalang membuka semula perniagaan.

[ARTIKEL BERKAITAN - PKPB Kuasa MKN: Kerajaan Negeri 'acah-acah' tunjuk kuasa, rakyat derita, buang kerja, hilang pendapatan lepas tu U-Turn! ]

Beberapa negeri yang ditadbir Pakatan Harapan seperti Selangor dan Sabah mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) tersendiri, diubah suai membelakangkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

MKN adalah badan yang dinasihati Kementerian Kesihatan dan berkuasa menentukan PKP yang berkuatkuasa sejak 18 Mac lalu. PKP mengakibatkan kegiatan ekonomi terhenti kecuali beberapa sektor tertentu yang dilonggarkan sejak PKP1 seperti syarikat yang terlibat dalam rantaian bekalan makanan.

Beberapa syarikat juga dibenarkan beroperasi dalam PKP2, PKP3 dan lebih besar dibuka pada PKP4.

Bagaimanapun pada 1 Mei, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPB, yang membenarkan kebanyakan perniagaan dan pejabat kerajaan beroperasi seperti biasa namun tertakluk kepada peraturan Perintah Kawalan (PKP).  Hampir semua sektor perniagaan dibuka.

Muhyiddin berkata Malaysia berisiko kerugian hampir RM100 bilion jika perniagaan berterusan dilarang.

Apa yang jelas undang-undang negeri tidak boleh menggantikan undang-undang persekutuan.

Negeri-negeri boleh keluarkan garis panduan dan mungkin boleh adakan undang-undang tersendiri tetapi tidak boleh bercanggah dengan undang-undang persekutuan.

Sarawak contohnya ada Ordinan Perlindungan Kesihatan Awam tetapi ia hanya boleh melengkapi undang-undang persekutuan, bukan bertentangan dengannya.

Kerajan negeri tiada kuasa untuk secara unilateral menghentikan perniagaan yang sudah dibenarkan dibuka bawah PKPB.

Isu utama adalah sekiranya kerajaan negeri tidak membenarkan perniagaan dibuka sedangkan undang-undang persekutuan kata boleh. Kerajaan negeri boleh disaman syarikat-syarikat itu.

Kerajaan negeri tiada pilihan kecuali terima PKPB yang berkuatkuasa hari ini, kerana ia undang-undang persekutuan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mula dilaksanakan hari ini sudah diwartakan, sekali gus semua peraturan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini terbatal secara automatik.

Justeru  semua pihak di seluruh negara sama ada di negeri dan daerah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti diwarta mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) masih lagi berkuatkuasa.

Katanya, apabila PKPB atau PKP 5 ini sudah diwartakan maka PKP 4 yang diwartakan sebelum ini terbatal kerana pewartaan itu turut menyatakan tarikh permulaan dan penamatannya.

"Oleh itu PKP 4 yang diwartakan terbatal kerana kita sudah warta PKP 5, dan tidak timbul isu ada pihak tidak mahu mematuhinya kerana itu adalah salah di sisi undang-undang," katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas menteri mengenai PKP di Putrajaya.

[ARTIKEL BERKAITAN - Semua negeri perlu patuh PKPB - Ismail Sabri ]

Ingatan Azmin: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibuat dengan penuh teliti

Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali mengingatkan kerajaan negeri kemungkinan tindakan

undang-undang yang boleh diambil oleh pihak industri jika ekonomi tidak dibuka semula di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) seperti yang diputuskan oleh kerajaan pusat.

Azmin menegaskan bahawa keputusan kerajaan persekutuan membuka semula ekonomi adalah sah dari segi undang-undang.

"Sekiranya kerajaan negeri tidak memberikan kerjasama untuk melaksanakan Akta 342 yang telah dijadikan undang-undang yang berkuatkuasa di seluruh negara, kerajaan-kerajaan negeri berkenaan mungkin terdedah kepada tindakan undang-undang daripada pelbagai pihak, khususnya dari pihak industri.

"Akta 342 telah digubal dan dikuatkuasakan mulai 1 April 1989 berikutan persetujuan negeri-negeri pada masa itu termasuklah Sabah dan Sarawak untuk mewujudkan satu undang-undang yang seragam bagi tujuan mencegah dan mengawal penyakit berjangkit di Malaysia dan berkuat kuasa di seluruh negara," katanya merujuk kepada Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Azmin juga menyifatkan bahawa kerajaan negeri yang ingkar untuk membuka semula ekonomin tidak bersandarkan kepada punca kuasa yang sah di bawah mana-mana undang-undang dan bercanggah dengan dasar kerajaan persekutuan.

"Lebih-lebih lagi memandangkan dasar kerajaan persekutuan tersebut telah pun dijadikan undang-undang yang berkuatkuasa di seluruh negara.

"Dalam hal ini, peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 342 adalah undang-undang khusus bagi tujuan mencegah dan mengawal penularan Covid-19.

"Oleh itu, ia mengatasi (prevail) peruntukan undang-undang bertulis yang lain berhubung dengan pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Keputusan untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dibuat dengan penuh teliti, berhati-hati dan bertanggungjawab serta didokong oleh data dan kajian oleh Kementerian Kewangan, MITI, Bank Negara Malaysia dan Khazanah Nasional Berhad," kata Azmin.

Azmin menambah bahawa hasil kajian berhubung keputusan itu telah dibentangkan untuk perbincangan dengan Menteri-Menteri Besar dan Ketua-Ketua Menteri semasa Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara pada 28 April.

Berdasarkan perbincangan itu, katanya, kerajaan negeri sedar bahawa sekiranya perintah kawalan pergerakan (PKP) yang sedia ada dilanjutkan sehingga Jun 2020, kesan kumulatif kehilangan pendapatan negara dianggarkan sebanyak RM146 billion atau kekurangan sebanyak 10.3 peratus KDNK.

"Keadaan ini akan menghapuskan kemajuan ekonomi yang telah dicapai sepanjang empat tahun yang lalu.

"Sehubungan dengan itu, mesyuarat ini telah bersetuju untuk membuka semula sektor-sektor ekonomi dalam tempoh PKPB bermula 4 Mei," katanya.

"Dakwaan bahawa kerajaan memulakan semula (restart) ekonomi dalam keadaan tergesa-gesa adalah tidak benar dan tidak berasas," katanya lagi.


Bantahan Kumpulan Perniagaan kepada Kerajaan Negeri

Sementara itu kumpulan perniagaan menggesa kerajaan negeri patuhi kerajaan persekutuan dan membenarkan kegiatan perniagaan disambung semula.

“Adalah penting operasi peniagaan di semua negeri berjalan serentak kerana rantaian antara negeri.

“Menghentikan kerja di beberapa negeri akan membawa kepada gangguan besar dalam rantaian bekalan barangan dan perkhidmatan, dan pada masa sama, memberi impak pada mata pencarian rakyat,” kata Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia.

Pendirian sama diambil Dewan Perniagaan Melayu, menggesa kerajaan negeri membenarkan perniagaan kembali beroperasi bagi mengimbangi kesihatan dan ekonomi rakyat.

Beberapa hari ini akan lebih banyak tekanan menyusul dari NGO Perniagaan menyerang Kerajaan Negeri jika tidak mahu akur arahan Persekutuan. 

Bagaimanapun di Negeri Sabah, Kerajaan Warisan yang menolak perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) secara ironis memberi kebenaran operasi perniagaan di beberapa daerah termasuk Daerah Semporna yang ahli Parlimennya Datuk Seri Shafie Apdal Ketua Menteri Sabah pada 4 Mei 2020.

 

 

6 Comments