Ruang 1 peratus pujuk Pairin kekal calon PBS- Maximus
14:12 Dec 28, 2017  |  By SabahKini2
Ruang 1 peratus pujuk Pairin kekal calon PBS- Maximus

Pairin menyuarakan rasa 99% tidak mahu bertanding namun 1 peratus untuk pandangan orang ramai

Pemangku Presiden Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata parti itu akan menggunakan ruang satu peratus yang diperuntukkan oleh Pairin untuk berunding mengenai perkara tersebut.

KOTA KINABALU- Desas-desus Tan Sri Joseph Pairin Kitingan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) tidak bertanding dalam Pilihanraya ke 14 bukan lagi rahsia. Ia sudah disuarakan lebih awal kepada Perdana Menteri sebelum ini.

PBS masih berharap Presidennya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan akan bertanding pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekalipun beliau telah menyatakan hasrat untuk tidak berbuat demikian.

Pemangku Presiden Datuk Seri Dr Maximus Ongkili sebelum ini menyatakan hasrat akan bertanding di kerusi Dun Tambunan atau Keningau jika Pairin tidak bertanding.Ini menggambarkan Maximus secara tradisi bakal menjadi Timbalan Ketua Menteri jika BN menang pilihanraya.

Walaubagaimanapun Pemangku Presiden Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata parti itu akan menggunakan ruang satu peratus yang diperuntukkan oleh Pairin untuk berunding mengenai perkara tersebut.

"Kita masih berbincang namun keputusan akhir adalah di tangan beliau. Kata Ongkili

Pairin sebelum ini menyatakan hasrat 99 peratus untuk tidak bertanding pada PRU ke-14 namun akan menggunakan baki satu peratus lagi untuk mendengar pandangan barisan kepimpinan parti.

Sumber rapat dengan pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan Perdana Menteri masih memerlukan kepimpinan Tan Sri Pairin dalam PBS menghadapi pilihanraya paling mencabar ini

Sementara itu Ongkili berkata PBS memerlukan gandingan baharu dan lama khususnya pemimpin seperti Pairin yang banyak pengalaman.

Dalam pada itu Ongkili berkata parti tersebut akan mengemukakan sebanyak mungkin muka baharu pada PRU14 sambil mengekalkan calon berpengalaman di akar umbi.

4 Comments