Terbukti Syarikat Khazanah Jaya kroni KSU, KP Kesihatan diberi projek makmal RM30.5 juta, dibayar 'advance' RM15.2 juta!
14:05 May 06, 2020  |  By SabahKini2
Terbukti Syarikat Khazanah Jaya kroni KSU, KP Kesihatan diberi  projek makmal RM30.5 juta, dibayar 'advance' RM15.2 juta!

KP Kesihatan mengawal teknikal projek, KSU menandatangani LOA. Syarikat dapat projek RM30.5 juta dan lebih hebat dapat 'advance' 15.2 juta. Syarikat hartanah bukan bumiputera dapat projek makmal.

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menafikan satu mesej yang ditularkan berhubung penahanan lima individu termasuk pegawai tugas-tugas khas menteri. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Dato’ Sri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi memaklumkan berita berkenaan adalah palsu.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM nafi tahan Pegawai Menteri dan KKM ]

Dalam kekecohan itu Sabahkini2 mendedahkan sebenarnya di Kementerian Kesihatan Malaysia ini yang berpengaruh ialah Kartel DG Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah. Pegawai KKM pun tahu bertapa diktatornya Noor Hisham ini. Lantaran itu Dr Noor Hisham dikritik dalam Asia Sentinel

[ARTIKEL BERKAITAN- Syarikat 'Dr A' Kartel 'DG' dan PTD perolehan KKM disiasat SPRM kes tender RM30 Juta! ]

Begitu juga kartel KSU Dato' Seri Dr. Chen Chaw Min yang punya kepala sendiri. Dua mahkluk ini memang tidak boleh diusik di KKM mereka terlalu berkuasa kerana kebanyakan Menteri KKM yang duduk disitu tidak menggunakan kuasa mereka.



Kartel KSU dan KP Kesihatan

Semalam juga di laman sosial dibocorkan Surat Setuju Terima (LOA) kepada Syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd (syarikat hartanah) Pelaksanaan Lab Mitigation Solution For COVID-19 secara rundingan terus RM30.5 juta. Ia termasuk merangkumi peralatan makmal 1 unit di Insitut Kesihatan Negara (NIH) Setia Alam dan 1 unit di Makmal Kesihatan Awam (MKA) Kota Kinabalu Sabah.

Surat SST projek itu ditandatangani oleh Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan.

 

Apa maksudnya? Dua Kartel terlibat iaitu KSU dan KP Kesihatan. Jawatankuasa Teknikal projek ini adalah daripada Ketua Pengarah Kesihatan dan yang menandatangani projek adalah ketua pegawai pengawal atau KSU Kementerian.

Penyebaran LOA ini bukti Menteri Kesihatan Dato’ Dr Adham Baba dan pegawainya tidak terlibat. Jika pun ada  minit-minit surat pejabat Menteri ia bukanlah arahan kelulusan kerana yang menandatangani surat ialah KSU.

Terdapat sumber surat yang sedemikian rupa juga untuk Lab Mitigation Solution For COVID-19 dan peralatan makmal bagi Negeri Sarawak yang syarikatnya dikaitkan juga dengan Noor Hisham. Kemungkinan besar LOA ini juga mungkin bakal terdedah.

Sehingga semalam dimaklumkan beberapa pegawai SPRM berada ditingkat 1 KKM menyelongkar segala dokumen berkaitan projek rundingan terus bagi projek COVID-19 ini.

Dari sudut teknikal diketuai Dr Noor Hisham dan KSU yang menandatangani projek sudah tentu mencetuskan persoalan besar mengenai projek RM30.5 juta ini.

Lebih menakjubkan syarikat Khazanah Jaya Sdn Bhd bukan lah sebuah syarikat bukan bertaraf bumiputera malahan tidak ada satu pun bumiputera sebagai anggota pengarah. Agenda KSU ini adalah peraturan DAP ketika Lim Guan Eng menjadi Menteri Kewangan Malaysia. Ialah tidak dinafikan di belakangnya ada orang melayu namun pemilihan syarikat wajar dikaji semula. 

 

Kelayakan syarikat ini adalah projek hartanah dan bukannya projek bekalan dan perkhidmatan. Melantik Khazanah Jaya Sdn Bhd sangat meragukan. Tak mungkin Noor Hisham tidak menyemak kelayakan syarikat ini khususnya kod bidang syarikat. Amat janggal bahagian perolehan KKM pun akur memilih syarikat ini.

Ini sejajar seperti yang dinyatakan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya bahawa SPRM membuka siasatan terhadap aduan kontrak dibekalkan kepada KKM tidak mengikut prosedur atas alasan 'darurat' diberikan kepada syarikat yang tidak layak dan bukan bidang syarikat itu. 

"Contohnya syarikat pemaju dilantik sebagai kontraktor pembinaan dan penyediaan makmal.

"Siasatan kita kini menjurus kepada proses pemberian kontrak sama ada mengikut undang-undang dan peraturan ditetapkan,"

Turut mencurigakan Surat Setuju Terima asal projek ini bertarikh 3 April 2020 dan Surat Setuju Terima terbaru memasukkan terma bayaran pendahuluan 50%, selesai testing and commissioning peralatan 30%, penghantaran reagen dan consumables 10% dan 30 hari selepas testing ommissioning 10 %. Bagaimana pembayaran pendahuluan perlu dibayar sejumlah RM15,250,000.00? tak pernah ada tender pembayaran 50% dibuat. 

Dahsyat juga KSU KKM Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min ini.  Sangat tidak munasabah boleh bayar pendahuluan kepada syarikat pembinaan hartanah?

SPRM wajar menyiasat bagaimana Dato’ Seri Dr Chen Chaw Min sebagai KSU dan Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah KP Kesihatan berganding mahu memudahkan teknikal syarikat ini. 

 

14 Comments