Viral gambar Ketua Menteri, Junz Wong, Adun, SKN ‘langgar’ arahan PKP
09:05 May 07, 2020  |  By SabahKini2
Viral gambar Ketua Menteri, Junz Wong, Adun, SKN ‘langgar’ arahan PKP

Sebelum ini Timbalan Menteri dan Exco dituduh di mahkamah langgar SOP PKP. Tapi Ketua Menteri Sabah, Menteri Pertanian Sabah, Adun dan SKN boleh berkumpul beramai-ramai, ada majlis ceramah serta tanpa penjarakan sosial. VIP boleh rakyat tak boleh

BELURAN – Hari ini viral beberapa keping gambar Ketua Menteri, Datuk Seri Shafie Apdal didakwa melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ahli Parlimen Semporna itu dilihat berkumpul dengan beberapa orang masyarakat sambal memberi ucapan kepada penduduk kawasan padi Ulu Sapi Beluran

Turut hadir di kawasan itu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Junz Wong; Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN), Datuk Safar Untong; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Abdul Rahman Kongkawang; Penasihat Pertanian Negara, Datuk Yap Yun Fook serta pegawai-pegawai agensi kerajaan berkaitan.



Bersesak-sesak dan berkumpul melanggar SOP PKP


Majlis itu dilihat berkumpul beramai-ramai tanpa penjarakan sosial yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

Turut menyiarkan berita bergambar ialah portal Borneo Today.net beliau dilihat bersama pegawai berkumpul dan berasak-asak dalam Gudang dan selain mendengar ucapan dalam majlis.

KKM sebelum ini berkata, sesiapa sahaja yang didapati berkumpul dalam mana-mana keramaian, walaupun sudah diarahkan untuk mematuhi garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), akan berdepan hukuman dua tahun penjara.

KKM turut menegaskan, perkara itu terkandung dalam Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Menurut Seksyen 11(4) Akta 342, dibaca bersama Seksyen 24(a) Akta sama, keingkaran larangan adalah satu jenayah dan boleh dipenjarakan selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Sebelum ini Timbalan Menteri dan Exco Kerajaan Perak yang  melanggar SOP PKP turut didakwa di mahkamah dan didenda RM1000.00.

[ ARTIKEL BERKAITAN- Langgar PKP: Timbalan menteri kesihatan, EXCO Perak dituduh di mahkamah ]

Turut didakwa melanggar SOP ialah Nurul Zahid dan suaminya serta dedenda RM800 selepas hanya berkunjung ke pejabat Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air.

Hari ini Shafie Apdal turut U-turn untuk melaksanakan PKPB. Bagaimanapun peraturan PKP tetap berkuatkuasa. Adalah tidak adil jika Ketua Menteri, Menteri Pertanian Sabah, Adun dan SKN boleh berkumpul beramai-ramai, ada majlis ceramah serta tanpa penjarakan sosial.

Netizen memberi komen janganlah ‘double standard’. VIP boleh buat apa saja tetapi rakyat dilarang berkumpul.

9 Comments