Cubaan PH malukan Agong gagal, Speaker tolak usul Shafie Apdal jatuhkan Muhyiddin PM
21:05 May 07, 2020  |  By SabahKini2
Cubaan PH malukan Agong gagal, Speaker tolak usul Shafie Apdal jatuhkan Muhyiddin PM

Shafie sanggup lakukan apa sahaja. Sebelum ini rampas kuasa di Sabah. Kini pertikai pula kuasa Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong dalam perlantikan jawatan YAB Perdana Menteri.

Sejak merampas kuasa kerajaan BN pada mei 2018 menggunakan Putrajaya dan memperalatkan akan istana nampaknya Shafie tidak pernah serik untuk menggunakan kaedah sama bagi cubaan menjatuhkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah dipilih oleh Yang Dipertuan agung mac lalu.

Kini bersama Tun Dr Mahathir beliau menjadi ‘budak’ Mahathir untuk melakukan percubaan menghina Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong dalam perlantikan jawatan YAB Perdana Menteri



Dengan niat tidak bertentangan tetapi sebenarnya itulah niatnya..hina YDPA

Bagaimana beliau boleh membuat usul YB Langkawi mempunyai keyakinan majoriti  ahli-ahli Yang Berhormat sedangkan YB Langkawi bukan Perdana Menteri lagi. Atau bekas Perdana Menteri yang meletak jawatan sebelum itu.

Mana ada dalam dunia ini dibuat usul kepercayaan sebagai Perdana Menteri kepada seorang Ahli Parlimen yang bukan Perdana Menteri?

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat hari ini menolak usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Semporna yang juga Presiden Parti Warisan Sabah di Bawah peraturan mesyuarat 26 (1) dan 27 (3).

Memetik kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato Mohammad Ariff Md Yusof berkata usul yang dikemukakan oleh Shafie Apdal  serta perincian penjelasannya berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut adalah tidak selari dengan perlembagaan persekutuan

”Saya mendapati ia adalah tidak selari dengan perkara 43 Perlembagaan Persekutuan  kerana ia mempertikaikan kuasa Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong dalam perlantikan jawatan YAB Perdana Menteri”

“Oleh yang demikian, saya tidak membenarkan usul YB Datuk Seri Panglima ini dibawa ke dalam majlis mesyuarat” ujarnya lagi

Sebelum ini media melaporkan terdapat  satu usaha yang  sedang dibuat untuk membuktikan bahawa Dr Mahathir Mohamad masih mempunyai dukungan majoriti ahli Parlimen untuk sekali lagi dinamakan sebagai perdana menteri. Malah 4 Mei Tun Dr Mahathir juga menghantar surat kepada speaker mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin

Ahli Parlimen Semporna Mohd Shafie Apdal telah menulis surat kepada speaker Dewan Rakyat memohon izin untuk mengemukakan usul sokongan kepada Dr Mahathir, yang juga ahli Parlimen Langkawi.

Usul itu meminta Dewan Rakyat, yang akan bersidang pada 18 Mei ini, membuat ketetapan bahawa Dr Mahathir mempunyai keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat, sekali gus menjadi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Menurut Shafie dalam suratnya itu, usul berkenaan tidak bertentangan dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan kuasa melantik perdana menteri pada Yang di-Pertuan Agong.

Usul itu dikemukakan menurut peraturan mesyuarat yang mensyaratkan ia didahului dengan pemberitahuan kepada speaker Dewan Rakyat dalam tempoh tidak kurang 14 hari sebelum sidang.

Shafie Apdal terlupa dia menjadi Ketua Menteri pun adalah hasil bantuan Putrajaya malah melantik semula TYT pilihannya dan diperkenankan oleh Seri Paduka Yang DiPertuan Agong. Dan kini beliau melakukan cubaan untuk mempertikaikan kuasa Yang Dipertuan Agong.

Netizen berharap Shafie Apdal dapat ditumbangkan selepas PKP dengan cara yang sama. Masanya akan tiba menghukum Ketua Menteri yang sombong berlagak kuat ini.

16 Comments