Hutan dijadikan Kelas 1 melindungi Spesis seperti Orang Utan
17:12 Dec 28, 2017  |  By SabahKini2
Hutan dijadikan Kelas 1 melindungi Spesis seperti Orang Utan

PART 5: THE RAINFOREST HEROES OF SABAH- ORANG UTAN- Saksikan bagaimana sarang Orang Utan di atas pokok diambil dari udara.

PART 5: THE RAINFOREST HEROES OF SABAH- ORANG UTAN

 

Pusat Pemuliharaan Orang Utan Sepilok terletak di Hutan Simpan Sepilok-Kabili, 24km dari bandar Sandakan, Sabah.  Pusat ini dikhususkan untuk memelihara dan mengkaji spesies orang utan yang semakin pupus di dunia ini.

Pusat Pemuliharaan Orang Utan ini dibuka pada tahun 1964 dan ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah. Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah 4294 hektar dan mula dibuka kepada kunjungan para pelancong pada tahun 1964.

Mari kita saksikan usaha-usaha melindungi Orang Utan termasuk usaha kerajaan negeri yang memelihara rezab hutan terus kekal untuk tempat tinggal haiwan seperti Orang Utan, Badak Sumbu Sumatra, Beruang Madu dan pelbagai spesis lagi di muka bumi Sabah.

 

68 Comments