Demi Empangan Papar RM3B kroni ‘Guan Eng’, Amarjit kini Penasihat Teknikal JUSA C Shafie Apdal!
16:05 May 11, 2020  |  By SabahKini2
Demi Empangan Papar RM3B kroni ‘Guan Eng’, Amarjit kini Penasihat Teknikal JUSA C Shafie Apdal!

Selepas bermacam cara selamatkan Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air yang sanggup tandatangan LOI Projek Empangan Papar 10 Oktober 2019, kini Amarjit dilantik Penasihat Teknikal Gred JUSA C kepada kementerian Shafie Apdal.

KOTA KINABALU: Akhirnya kontrak pekerjaan Datuk Amarjit Singh Setiausaha Warisan Putatan sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah telah dipendekkan lagi menurut fakta dokumen mahkamah Kerajaan Negeri mempertahankan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menyatakan bahawa pelantikan Amarjit adalah tidak sah.

Kerajaan Negeri mengaku bahawa ini adalah kali kedua kontrak pekerjaan Amarjit dipendekkan iaitu kali pertama pada 10 Oktober 2019 dan  kemudiannya bagi menyelamatkan  dari proses teknikal melantik pula Amarjit sebagai ‘Penasihat Teknikal’ di Jabatan Ketua Menteri bermula pada 11 Oktober 2019.

Pada 14 Oktober 2019, dia dipindahkan ke Jabatan Air semula sebagai Pengarah, di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur bawah Datuk Peter Anthony. Mungkin inilah alasan yang digunakan oleh Datuk VK Liew sebelum ini Menteri Undang-undang PH menyelamatkan Amarjit  mentakrifkan “Pihak Berkuasa Air” (State Water Authority)” sebagai bukan  “pegawai”. 

Surat-surat melaksanakan pelantikan dan pertukaran jawatan untuk menjadikan Datuk Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air telah dibuat sejak 1 November 2019. Semua ini adalah satu usaha teknikal untuk menyelamatkan kedudukan Datuk Amarjit Singh dan kesilapan kerajaan negeri.

10 Oktober 2019 – Amarjit tandangan LOI Projek Empangan Papar

Bagaimanapun tarikh 10 Oktober pemendekkan kontrak (secara teknikal) Amarjit itu adalah tarikh Amarjit menandatangani surat tawaran projek Empangan Papar kepada syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd dan Pembinaan Maju Cemerlang Sdn Bhd anak syarikat Vizione Holdings Bhd pemegang saham Zenith Contruction Sdn Bhd pembuat terowong Pulau Pinang yang kontroversi dengan syarikat China. Zenith Contruction merupakan syarikat kroni Lim Guan Eng.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar ]


Secara teknikal ditamatkan 10 Oktober tetapi Sign Projek pada tarikh sama sebelum kembali ke
jawatan Pengarah Jabatan Air Sabah

Surat itu mencetuskan kontroversi ketika itu kerana status Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah yang masih dalam rayuan mahkamah tetapi hadir bertugas yang dilihat sebagai satu cubaan menghina mahkamah.

Terbongkar! Syarikat Terowong Pulau Pinang dilantik bina Projek Empangan Papar

Ini kerana pada 09 Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu telah membuat keputusan bahawa pelantikan Amarjit sebagai Pengarah JANS adalah tidak sah

Ketika isu surat LOI Projek Empangan 10 Oktober 2019 tular dikatakan Amarjit melarikan diri takut disiasat SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Amarjit Singh lari SPRM serbu pejabat Jabatan Air Negeri Sabah? ]

Kini jawatan Amarjit berubah lagi sebagai Penasihat Teknikal di Kementerian Kewangan Sabah secara kontrak Gred Utama C Gred VU7.

Menjadi satu persoalan besar, adakah kerajaan Warisan akan tetap mempertahankan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 9 Oktober 2019 itu? 

Sumber-sumber berkata Tam Yin Foon, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kejuruteraan dan Fasiliti Gred J44 bakal dinaikkan sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri melangkau beberapa pemimpin kanan Jabatan Air.

Tam Yin Foon dilihat orang kepercayaan Datuk Peter Anthony dan Amarjit Singh melaksana misi projek Empangan Papar RM3 bilion serta peruntukan lain. Amarjit Singh sebagai Penasihat Teknikal di Kementerian Kewangan Sabah bawah Shafie Apdal masih diperlukan menasihatkan projek Empangan itu memandangkan tiada peruntukan daripada kerajaan pusat tetapi menggunakan dana dari Kerajaan China.

Ia sebagaimana jawapan soalan di Dewan Negara pada 19 Disember 2019 bahawa projek pembinaan empangan Papar yang ditentang rakyat itu tidak dibiayai oleh Kerajaan Persekutuan  tetapi dilaksanakan secara Pembiayaan Kewangan Swasta (PFI) dengan syarikat Negara China. 

Bermakna syarikat Wira Syukur (M) Sdn Bhd  anak syarikat Vizione Holdings Bhd itu dibiayai syarikat China sebagaimana projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes Mahkamah Amarjit, percepatkan LOA Projek Empangan Papar RM3B dijual kepada China! ]

 

 

Sewajarnya SPRM menyiasat Amarjit Singh lantikan Datuk Peter Anthony ni. Segala macam kritikan Amarjit tetap dipertahankan sebagai Pengarah Jabatan Air malah kini Penasihat Teknikal di Kementerian Kewangan Sabah.

 [ARTIKEL LAIN- Mengapa Shafie lantik Amarjit Singh Pengarah Jabatan Air? Semuanya kerana projek Empangan Papar RM2B! ]

 [ARTIKEL LAIN- Empangan Papar tetap dibina ,Kerajaan Warisan lawan rakyat yang menentangnya ]

 [ARTIKEL LAIN- Zenith Group bakal monopoli projek Lim Guan Eng dan Tony Pua di MOF ]

 

 

 

 

 

3 Comments