1MDB sudah membayar kepada IPIC bayaran penuh bagi hutang yang tarikh akhirnya pada 31 Disember 2017.
KUALA LUMPUR: 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sudah melunaskan bayaran penuh keseluruhan hutang kepada International Petroleum Investment Co (IPIC).
Dalam satu kenyataan, syarikat itu menjelaskan berdasarkan kepada Surat Ikatan Penyelesaian dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan IPIC, 1MDB sudah membayar penuh kepada IPIC, semua dana yang diperlukan untuk dibayar kepada IPIC.
"1MDB sudah membayar kepada IPIC bayaran penuh bagi hutang yang tarikh akhirnya pada 31 Disember 2017.
"Semua bayaran kepada IPIC daripada hasil program rasionalisasi yang sedang dilakukan," katanya.
Sementara itu, IPIC dalam kenyataannya di Bursa Saham London berkata, ia sudah menerima semua jumlah yang perlu dibayar menjelang 31 Disember 2017, di bawah pembayaran dengan Menteri Kewangan (Diperbadankan) Malaysia dan 1MDB serta Anugerah Persetujuan yang dimeterai pada 9 Mei lalu.
Pembayaran hutang 1MDB kepada IPIC ini mendapat liputan meluas Media milik pembangkang seperti Malaysiakini dan TheMalaysia Insight yang berusaha memutar belitkan laporan.
Tinjauan dalam media sosial penyokong pembangkang juga merasa tercabar dengan usaha 1MDB termasuk mempersoalkan dari mana 1MDB memperolehi wang membayarnya.
Seorang pengguna facebook Syed Agil Jamalullail yang sentiasa mengikuti perkembangan isu 1MDB menjawab dalam facebooknya mengenai pembayaran 1MDB kepada IPIC itu. Beliau mendedahkan putar belit media pembangkang. Artikel itu seperti berikut:
“Artikel The Straits Times mengatakan 1MDB membayar US$602.7 juta kepada IPIC menggunakan hasil daripada jualan ‘investment units’ dan jualan 2 parcel hartanah kepada syarikat China.
Oleh yang demikian daripada laporan berita itu maka ini membuktikan kepada rakyat Malaysia, ‘investment units Brazen Sky itu ada nilai bukanlah sampah seperti dakwaan US DOJ, The Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report.
Lebih menarik apabila berita Malaysiakini juga memetik Straits times dalam mempropagandakan penjualan aset kepada China dengan menyemak pejabat tanah dan galian namun Kerajaan Penang menafikan yang 1MDB membeli tanah Air Itam pada 2013.
Jadi siapa tipu siapa? Straits Times Singapura, Malaysiakini atau Komtar Penang?
Jika bayaran US$602.7 juta atau RM2.4 billion itu bukan dari hasil jualan tanah Penang yang bernilai RM1.38 billion maka pastinya datang daripada ‘investment units’ yang mungkin bernilai RM2.1 billion kerana tanah di Pulau Indah bernilai RM295 juta sahaja.
Ini bermakna Jabatan Kehakiman US, WSJ, SARAWAK REPORT bertambah-tambah melakukan kesilapan dengan nilai ‘investment units’ Brazen Sky yang dikatakan tidak bernilai itu.
Syed Agil juga mendakwa pembayaran 1MDB kepad IPIC bukan menggunakan duit rakyat atau harta kerajaan
Tanah Air Itam, Penang dibeli daripada AI Real Estate dan Choong Lye Hock Estates Sdn Bhd (RM1.38 billion) manakala
Tanah Pulau Indah, Selangor dibeli daripada Tadmax Resources Bhd (RM294.38 juta)
Kedua-dua tanah dibeli sendiri oleh 1MDB, menggunakan duit daripada hasil terbitan bon, dan bukan duit rakyat. Ia bermaksud, 1MDB meminjam daripada pelabur-pelabur bon untuk melabur membeli parcel hartanah-hartanah berkenaan.
Inilah sebabnya 1MDB ada hutang terkumpul banyak. 1MDB tak menerima bantuan kerajaan atau duit rakyat. Model perniagaan 1MDB ialah pinjam RM1, beli RM1, jual RM2. Sebab itulah pada 2015 pinjaman 1MDB ke paras RM42 billion. Aset syarikat yang berjaya dikumpulkan menggunakan pinjaman tersebut ialah RM51 billion ketika itu.
Maksudnya hutang 1MDB adalah terdiri daripada pinjaman jangka panjang untuk membeli aset. Ia bukanlah berhutang kerana tak mampu bayar gaji, bayar vendor, bayar caruman KWSP pekerja, jualan kurang dan lain-lain seperti projek Putra LRT dan STAR LRT, Perwaja dan lain-lain.
Unit Investment Brazen Sky pula adalah hasil keuntungan usaha sama 1MDB bersama Petrosaudi. Pada fasa akhir usaha sama dgn Petrosaudi, 1MDB menjual ekuiti di syarikat PetroSaudi Oil Services Limited pada nilai US$2.318 billion dan ditukarkan dalam bentuk investment unit di dana yang didaftarkan di Cayman. Dana itu dipegang melalui anak syarikatnya, Brazen Sky.
Keuntungan JV bersama Petrosaudi ini tidak dibawa pulang ke Malaysia kerana sememangnya unit-unit ini disimpan untuk melangsaikan pinjaman yang berasaskan USD.
Oleh itu dakwaan 1MDB membayar pinjaman menggunakan duit rakyat dan kerajaan adalah salah sama sekali. Tidak berasas!
Disesuaikan dari Syed Agil.
Artikel penuh Syed Agil Jamalullail boleh dibaca dalam Facebooknya.