Pengarah Komunikasi UMNO Sabah desak SPRM siasat skandal RM1.5 bilion Peter Anthony!
06:05 May 14, 2020  |  By SabahKini2
Pengarah Komunikasi UMNO Sabah desak SPRM siasat skandal RM1.5 bilion Peter Anthony!

Selepas didedah LOA projek RM1.5B JKR, Pengarah Komunikasi UMNO Sabah telah membuat laporan kepada SPRM dan mendesak satu siasatan dibuat projek Rundingan Terus yang meragukan.

KOTA KINABALU: Umno Sabah menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat beberapa projek penyelenggaraan jalan raya dikatakan bernilai kira-kira RM1.55 bilion yang didakwa dianugerahkan secara rundingan terus kepada kontraktor oleh Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah

Pengarah Komunikasi UMNO, Ghazalie Ansing berkata, kontrak tersebut yang bernilai dari RM325 juta ke RM500 juta setiap satu sepatutnya dianugerahkan melalui proses tender.

“Ini salah guna kuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini sekali gus menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas.

Ketika ditanya sama ada Umno Sabah membuat laporan kepada agensi itu, Ghazalie berkata, beliau telah menghubungi SPRM yang kini meneliti dakwaan berkenaan.

Ghazalie berkata, sekurang-kurangnya 4 syarikat diberikan kontrak tersebut, masing-masing untuk tempoh projek 5 tahun.

Beliau berkata, Warisan dan Pakatan Harapan (PH) menjanjikan pentadbiran yang telus dalam manifesto pilihan raya mereka.

Beliau juga mempersoalkan peranan pegawai SPRM yang ditempatkan di Jabatan Ketua Menteri apabila berlakunya perkara seumpama itu.

Portal Sabahkini2 sebelum ini telah mendedahkan 5 siri Skandal Rundingan Terus' RM1.5B syarikat kroni Peter Anthony. Paling mengejutkan satu syarikat yang dilantik AK Kontraktor Sdn Bhd adalah individu yang terlibat dalam skandal RISDA RM15.5 juta melibatkan Datuk Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan peguam Michael P.Ubu yang disiasat sebelum ini. Kerana takut salah Michael Ubu melarikan diri ke luar negara dan gagal dikesan hingga kini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B syarikat kroni Peter Anthony, SPRM perlu segera siasat, serbu ]

Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B syarikat kroni Peter Anthony,  SPRM perlu segera siasat, serbu

Menurut sumber SPRM kes ini sedang disiasat dan bila-bila masa tindakan akan diambil. Rakyat sangat berterima kasih dengan usaha serta tindakan SPRM untuk menyiasat kes ini.

 

 

10 Comments