PH Kedah tumbang, Kerajaan Warisan UPKO PH Sabah bergoyang takut hilang kuasa!
02:05 May 16, 2020  |  By SabahKini2
PH Kedah tumbang, Kerajaan Warisan UPKO PH Sabah bergoyang takut hilang kuasa!

Nampaknya satu persatu ramalan kerajaan negeri PH tumbang menjadi benar apabila Johor, Melaka, Perak dan Kedah bertukar kepada PN. Dijangka Negeri Sembilan, Sabah dan Selangor juga mungkin tumbang. Sabah terpaksa menepis desas-desus bimbang tumbang

SELEPAS Kerajaan Negeri Kedah disahkan tumbang dalam tempoh terdekat, ura-ura kerajaan Negeri Sembilan dan kerajaan Negeri Sabah juga turut bergegar.

Penghujung februari lalu ura-ura mengenai Perikatan Nasional menyasarkan merampas lima negeri iaitu Johor, Melaka, Perak, Kedah dan Sabah merimaskan Pakatan Harapan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Perikatan Nasional Sasar Rampas 5 Negeri ]


Setakat ini ramalan 4 negeri sudah berjaya. Kini yang terbaru dikaitkan ialah Negeri Sembilan dan Selangor

Selepas Johor, Melaka dan Perak tumbang desas-desus terhadap Kerajaan PH di Negeri Sembilan dan Sabah sudah tentu membimbangkan. Malah turut menghimpit kerajaan PH Selangor. Menteri Besar Negeri Sembilan, Selangor dan Kerajaan Sabah menafikan kerajaan PH bakal bertukar. Persepsi rakyat sudah sampai ke akar umbi. Kini bukti Kerajaan Kedah di depan mata sedang berlaku.

Portal Sabahkini2 sejak awal Mac lalu mendedahkan Kerajaan Sabah bergoyang kerana dikhabarkan sudah hampir 30 orang Adun menandatangi SD bagi menumbangkan Kerajaan Warisan, UPKO PH.

Malah untuk mengaburi kebimbangan itu Shafie Apdal telah memanggil semua Adun dan MP Warisan, UPKO PH bertemu dan menurut sumber RM1 juta diberikan sebagai habuan pada pertemuan itu. Betapa takutnya Shafie Apdal!

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie bertemu Adun, MP Sabah bimbang Kerajaan Warisan UPKO PH tumbang?

[ARTIKEL BERKAITAN- RM 1juta habuan Adun Sabah sokong Shafie Apdal kekal Kerajaan Warisan? ]

RM 1juta habuan Adun Sabah sokong Shafie Apdal kekal Kerajaan Warisan?

Kerajaan Warisan, UPKO dan PH bergegar lagi

Sejak semalam tular tentang Kerajaan Warisan, UPKO PH bakal bertukar lagi. Ia mungkin kebimbangan dari keruntuhan PH Kedah dan mungkin Negeri Sembilan. 

Hari ini Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau terpaksa membawa bersama rakan Adun untuk mempertahankan Shafie Apdal dalam sidang media terbaru mereka. Tangau terpaksa berusaha keras untuk 'divert' isu ini dari mempengaruhi rakyat. 

20 orang ADUN. Tidak semua hadir..

Bagi Madius katanya sekali lagi ini semua khabar angin yang disebarkan di media sosial dan berita yang tidak benar. Kerajaan Warisan, UPKO PH sebenarnya tidak perlu melayan desas-desus itu namun kerana impaknya sampai kepada rakyat maka mereka tiada pilihan.

Jelas Tangau pihaknya kekal dengan pendirian menyokong kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk terus menerajui kerajaan negeri.

"Kita tidak tahu siapa yang buat ini, tapi kita dapati dalam media sosial, dikeluarkan dalam media sosial jadi siapa yang buat ini memanglah ada pihak-pihak tertentu.

"Ada yang menyebarkan pelbagai penulisan dan sebagainya tetapi hari ini kita mahu tunjukkan kepimpinan kita adalah berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Maggelan Sutera Harbour,  pada Jumaat.

Hadir sama dalam majlis itu kira-kira 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Warisan, UPKO dan PH.

Turut hadir adalah dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong (Warisan) dan Datuk Christina Liew (PKR).

Usul Undi tidak percaya arahan Dr Mahathir

Mengukuhkan  lagi kebimbangan Shafie Apdal terhadap Kerajaan Warisan, UPKO dan PH di Sabah yang semakin bergoyang tanpa pembelaan Dr Mahathir yang berkuasa seperti merampas kuasa 12 Mei 2018, Shafie Apdal pada 1 Mei lalu melakukan cubaan menghina kuasa Yang Dipertuan Agong berhubung pelantikan Perdana Menteri dengan mengusulkan Tun Dr Mahathir sebagai PM sah walaupun satu dunia tahu Tun Dr Mahathir MP Langkawi yang meletak jawatan sebelum itu. 

[ARTIKEL BERKAITAN- Cubaan PH malukan Agong gagal, Speaker tolak usul Shafie Apdal jatuhkan Muhyiddin PM

Cubaan PH malukan Agong gagal, Speaker tolak usul Shafie Apdal jatuhkan Muhyiddin PM

Rakyat Malaysia melihat cubaan Shafie Apdal ini satu percubaan melampau mempertikai kuasa Yang Dipertuan Agong (perkara 43 Perlembagaan Persekutuan) yang Shafie Apdal lupa pelantikan Tuan Yang Terutama Negeri Sabah cadangannya juga adalah kuasa Agong. 

Kerajaan Negeri Sabah tidak boleh berlagak sombong tentang peranan Kerajaan Pusat boleh mempengaruhi kedudukan kuasanya sebagaimana beliau menggunakannya pada 12 Mei 2018 untuk merampas kuasa daripada BN. 

Tangau seru rakyat jangan dengar isu tukar kerajaan

Tangau kata mereka akan terus bertahan dan menyeru rakyat jangan dengar isu pertukaran kerajaan memporak-porandakan kerajaan Warisan, UPKO PH ini. Sebagaimana beliau memulakan 'operasi' khas melompat menyertai kerajaan Warisan Mei 2018 begitulah beliau untuk mempertahankan Shafie Apdal yang memberikannya jawatan adun lantikan dan diberi Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Menteri Perdagangan dan Perundustrian Sabah.

"Dan kita mintalah supaya rakyat jangan dengar apa-apa juga ada yang cuba memporak-porandakan kestabilan kerajaan negeri Sabah," katanya.

Apakah Kerajaan Negeri Sabah bakal bertukar? Sudah tentu desas-desus itu sangat berasas. Malah dikhabarkan beberapa Ahli Parlimen Warisan akan menyertai Kerajaan Perikatan Nasional dalam tempoh terdekat bagi mengukuhkan Kerajaan PN sekarang.

Untuk rekod Kerajaan Warisan merampas kuasa daripada BN pada 11 Mei 2018 selepas 6 orang BN iaitu Datuk Abdul Muis Picho (Sebatik), Datuk Hamisa Samat (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung) dan Jamawi Jaafar (Kemabong), Ewon Benedict (UPKO Kadamaian) dan Datuk Abidin Madingkir (UPKO Paginatan) melompat menyertai Warisan. Shafie Apdal mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei 2018 melalui campur tangan pusat. Dalang memulakan gerakan ini ialah Datuk Madius Tangau.


Dalam kenangan agar Madius tak lupa..

Oleh kerana Kerajaan yang terhasil dari rampasan ini sentiasa bimbang dengan kedudukan mereka karma politik boleh berulang kepada mereka. Jika mereka boleh melakukannya mengapa tidak orang lain mampu melakukannya. Karma atau 'kifarah' politik boleh berlaku bila-bila masa. Tiada siapa yang kekal selamanya dalam politik. Inilah yang ditakuti oleh Shafie Apdal sekarang.

 - SK2

11 Comments