(VIDEO) Selepas Dr Mahathir ‘diam-diam’ syor Shafie Apdal sebagai PM, Anwar U-turn sokong Muhyiddin?
04:05 May 16, 2020  |  By SabahKini2
(VIDEO) Selepas Dr Mahathir ‘diam-diam’ syor Shafie Apdal sebagai PM, Anwar U-turn sokong Muhyiddin?

Anwar akan menentang sesiapa sahaja pada 18 Mei ini jika membawa usul tidak percaya yang tidak menghormati titah Yang Dipertuan Agong. Anwar dapat tahu Tun M 'sailang' syor Shafie Apdal sebagai PM.

Selepas Bersatu mengambil keputusan meninggalkan Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu jawatan Pengerusi gabungan itu kini disandang olehnya.

Anwar dalam satu video di Facebook sebelum ini membuat pengakuan itu. Oleh itu kini jelas jawatan Pengerusi PH yang dipegang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini kini dipegang oleh Anwar Ibrahim

“Saya nak beritahu bahawa dalam keputusan Pakatan Harapan, saya sekarang pengerusi PH dan ketua pembangkang.

“Walaupun ada usaha-usaha atau orang lain yang mahu mencabar kedudukan itu, tetapi (itu) konsensus yang dicapai dalam PH,” katanya.

Anwar Ibrahim dikatakan U-turn selepas mendapat tahu Tun Dr Mahathir dalam usaha mencadangkan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri jika usul tidak percaya terhadap Muhyiddin diterima di Dewan Rakyat.

Menurut sumber rapat Anwar, Anwar mungkin bodoh kali pertama dan kedua terhadap arahan Tun Dr Mahathir namun tak mungkin bodoh kali ketiga selepas Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan dan menyebabkan kerajaan PH runtuh dan digantikan dengan Perikatan Nasional. 

1 Mei lalu Shafie Apdal atas arahan Dr Mahathir telah mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin serta mencadangkan Dr Mahathir mempunyai sokongan sebagai Perdana Menteri. Turut diarahkan berbuat demikian ialah Datuk VK Liew bekas Menteri JPM (Warisan) mengemukakan usul terhadap Muhyiddin.

[ARTIKEL BERKAITAN- Cubaan PH malukan Agong gagal, Speaker tolak usul Shafie Apdal jatuhkan Muhyiddin PM ]

Cubaan PH malukan Agong gagal, Speaker tolak usul Shafie Apdal jatuhkan Muhyiddin PM

Terbaru video Anwar Ibrahim berkata akan menghormati Yang Dipertuan Agung pada sidang parlimen 18 Mei 2020 kerana tidak ada usul perlu dibahas pada hari itu. Jika ada pemimpin yang cuba membawa usul serta tidak menghormati Agong, beliau sebagai Presiden PKR akan membantah perkara itu.

Apakah beliau memberi mesej akan menghalang usaha Undi Tidak Percaya Dr Mahathir dan Shafie Apdal?

12 Comments