Kaimulsah Ketua Wira Warisan Kota Belud ditahan khayal dadah
13:05 May 17, 2020  |  By SabahKini2
Kaimulsah Ketua Wira Warisan Kota Belud ditahan khayal dadah

Tahun 2018 kecoh MP dan bekas Timbalan Menteri skandal dengan suami orang. Kini Ketua Wira Warisan Kota belud pula ditahan lalok dadah. Macam-macam ada Wira Warisan sebelum ini Wira Sepanggar tipu nombor pendaftaran kereta.

Ketua Wira Warisan KB: Kaimulsah Rujeh Khayal Syabu

KOTA BELUD: Polis menahan ketua Wira Warisan Bahagian Kota Belud dalam keadaan khayal disyaki terbabit dalam penagihan dadah berhampiran pondok pengawal, Kem Paradise di Kota Belud dekat sini, malam tadi.

Kaimulsah Rujeh berusia 30-an itu dikatakan ditahan kira-kira jam 8 malam oleh pasukan polis selepas menerima maklumat daripada pihak tentera di kem berkenaan.

Difahamkan, Ketua Wira Warisan itu memandu sebuah kenderaan pergi ke kem tentera berkenaan sebelum ditahan untuk tujuan pemeriksaan oleh pihak tentera bertugas.

Ketika diperiksa, suspek disyaki dalam keadaan khayal sebelum anggota tentera memaklumkan perkara itu kepada polis.

Susulan laporan itu, polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bergegas ke lokasi dan bertindak memeriksa dan menahan Ketua Wira Warisan terbabit.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Mazli Mazlan ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan siasatan masih dijalankan.

Sejak pagi tadi, beberapa keping gambar suspek tular di media sosial yang mendakwa suspek kes positif syabu.

Semakan Sabahkini2 Kaimulsah Rujeh merupakan Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Kota Belud di bawah YB Isnaraissh Munirah ahli parlimen Kota Belud yang juga bekas Timbalan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC)

 
Kota Belud sentiasa panas!. MP KB selaku Timbalan Menteri dulu pernah kecoh dengan skandal suami orang

Wira Warisan tidak tidak pernah kering dengan isu. Kes pegawai Timbalan Menteri KDN (Ketua Wira Warisan Sabah) merakam bahagian bawah skirt juruoptik di sebuah kedai Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur yang kecoh dah dua tahun tidak didakwa.

Selain itu Ketua Wira Warisan Sepanggar didapati menipu nombor pendaftaran kenderaan Land Cruiser KW 171 menggunakan plat pendaftaran kenderaan motor orang lain. 

[ARTIKEL BERKAITAN : Memalukan! Ketua Wira Warisan 'PTI' menipu plat kenderaan mewah Toyota Land Cruiser KW171 ]

 Memalukan! Ketua Wira Warisan 'PTI' menipu plat kenderaan mewah Toyota Land Cruiser KW171
Wira Warisan serba boleh..

 

9 Comments