Tiga MP Sarawak tidak hadir parlimen: Dua dijangkiti Covid-19, seorang sakit
19:05 May 18, 2020  |  By SabahKini2
Tiga MP Sarawak tidak hadir parlimen: Dua dijangkiti Covid-19, seorang sakit

Rubiah dan Wong disahkan dijangkiti wabak Covid-19 dan telah menjalani ujian berasingan di pusat kuarantin. Dr Michael Teo pula sakit

Tiga anggota parlimen dari Sarawak tidak hadir pada persidangan Dewan Rakyat hari iaitu Ahli Parlimen Kota Samarahan Rubiah Wang (GPS) dan Ahli Parlimen Sarikei Andrew Wong (DAP) dan Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo (PKR).

Rubiah dan Wong disahkan dijangkiti wabak Covid-19 dan telah menjalani ujian berasingan di pusat kuarantin. Walaupun keputusan mereka didapati negatif, kedua-dua mereka masih ditahan.

Teo pula difahankan tidak hadir atas alasan kesihatan.

"Kedua-dua anggota Parlimen Sarikei dan Kota Samarahan masih diasingkan manakala anggota Parlimen Miri pula tidak sihat, tetapi bukan berkaitan dengan Covid-19," kata Speaker Dewan Rakyat.


Nasiblah Sidang Dewan sehari. jika tidak dah ada kluster Parlimen

2 Comments