VIDEO Bersatu keluar PH, Saya pun tak suka DAP, Anwar kata Dr Mahathir
05:05 May 20, 2020  |  By SabahKini2
VIDEO Bersatu keluar PH, Saya pun tak suka DAP, Anwar kata Dr Mahathir

..Saya pun tak suka kepada DAP, (dan) tak suka kepada Anwar, yang lain semua pun macam tu'... -Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Selepas dua audio disebarkan mengenai mesyuarat PPBM dan juga Majlis Presiden Pakatan Harapan kini tular pula satu rakaman suara Tun Dr Mahathir bekas Perdana Menteri di laman sosial.

Tun Dr Mahathir Mohamad dan penyokongnya sebelum ini menafikan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak pernah membuat keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH) bagaimanapun rakaman suara dan video mengesahkan sebaliknya.


Butiran dalam mesyuarat MPT Bersatu yang diadakan pada pukul 11 pagi, 23 Februari lalu jelas membuktikan ahli MPT sebulat suara bersetuju untuk parti tersebut keluar dairpada PH pada 23 Februari.

Tun Dr Mahathir turut menyatakan bahawa beliau tidak suka kepada DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“La ni ada satu cadangan iaitu kita keluar daripada Pakatan Harapan… (dan) satu cadangan lagi yang datang daripada saya (dipercayai Dr Mahathir) ialah kita tunggu (dan) fikir dengan mendalam atau patut ikut yang lain.


“Jadi, saya nak tahu sama ada kita nak keluar sekarang ini ataupun kita nak bagi masa sedikit kerana pada saya the support from Umno is so fickle (sokongan daripada Umno adalah berubah-ubah). Kalau bagi masa sikit saja dia (Umno) nanti suka kat saya.


“Jadi, tak ada kelainan cuma saya pun tak suka kepada DAP, (dan) tak suka kepada Anwar, yang lain semua pun macam tu, tapi semua itu soal masa saja nak kita tentukan masa ataupun kita ambil tindakan hari ini,” Kata Dr Mahathir dalam rakaman yang dipersetujui diambil pada hari tersebut.

Oleh itu dakwaan Dr Mahathir bahawa keputusan Bersatu keluar daripada PH dibuat secara bersendirian oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah tidak benar.


Muhyiddin pada 24 Februari lalu mengumumkan Bersatu keluar daripada dan pada hari yang sama, Dr Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh atas alasan partinya tidak lagi bersama PH, sebelum beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Interim oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

1 Mac lalu Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai PM ke 8. Dan kini Tun Dr Mahathir mahu kembali merampas jawatan itu melalui undi tidak percaya dengan mengarahkan Datuk Seri Shafie Apdal Presiden Warisan serta Datuk VK Liew membawa usul itu.  Sekalipun beberapa usul ditolak satu usul undi tidak percaya diterima oleh Speaker Dewan Rakyat.

2 Comments