Azis Jamman lupa kerajaan 'pintu belakang' sebenar ialah Kerajaan Warisan!
15:05 May 21, 2020  |  By SabahKini2
Azis Jamman lupa kerajaan 'pintu belakang' sebenar ialah Kerajaan Warisan!

Ibarat meludah ke langit. Kerajaan Warisan yang terbentuk pada hari ini adalah hasil daripada kerajaan pintu belakang yang mana semua rakyat malaysia mengetahuinya di mana mereka membeli ADUN BN untuk menyertai mereka.

Saya ingin merujuk kepada kenyataan Ketua Wira Warisan, ibarat meludah ke langit. Kerajaan Warisan yang terbentuk pada hari ini adalah hasil daripada kerajaan pintu belakang yang mana semua rakyat malaysia mengetahuinya di mana mereka membeli ADUN BN untuk menyertai mereka. BN pada PRN yang lepas merupakan kerajaan yang sah yang telah membentuk kerajaan dengan majoriti mudah. Kerajaan warisan merupakan THE REAL BACK DOOR GOVERNMENT, and no one can deny it.

[ARTIKEL BERKAITAN- Drama Lompat Parti di Sabah berterusaN ]

Jika Azis Jamman hilang ingatan

Nafsu serakah Warisan yang terlalu inginkan kuasa pada hari ini telah menyebabkan negeri sabah di dalam keadaan yang terubang ambing dan tiada hala tuju, manakan tidak berhala tuju kalau kapal yang dinaikinya merupakan kapal buruk dan layarnya koyak rabak menanti karam.

Itu hakikat pada hari ini, rakyat sabah semakin di himpit dengan kesengsaraan tanpa sebarang pembelaan. Kita dapat lihat dari aspek bantuan rakyat hinggalah kepada pembangunan negeri.

Ketua Wira warisan dan Timbalan nya saudara Ismail harus sedar apa yang di suara kan oleh Ketua UMNO sabah dan KPN Sabah ada lah satu kemungkinan, dan kemungkinan ini didorong oleh kelemahan dan ketidak bijaksanaan Ketua Menteri Sabah dan semua pemimpin Warisan yang mentadbir negeri pada hari ini.

Kononnya berkonsepkan Sabah for Sabahan, tetapi apa yang berlaku, Sabah for My Crony. Ke mana semua bantuan yang telah di umumkan, hanya angka penerima di terbitkan tetapi sumbangannya entah kemana. Begitu juga dengan pembagunan negeri sabah, hanya umum sahaja, buatnya entah kemana. Tidak hairanlah kalau rakyat sabah menggelar Pemimpin Warisan sebagai “Pemimpin Pengumuman”.

Mari kita lihat sepanjang dua tahun warisan memerintah Sabah apa pembangunan yang telah di lakukan dan Kenapa rakyat makin bertambah susah, peniaga semakin mengeluh, ada kah ini satu petanda baik untuk sabah dan rakyatnya.

Khabarnya ADUN ADUN Warisan utuh di belakang Pemimpinnya, “ Betul ka utuh, kalau tidak manakan pokok bergoyang kalau tiada yang goyang”

Tiada siapa pun dapat menafikan pembangunan dan kepesatan negeri sabah yang telah dibina oleh Kerajaan BN, BN telah membela semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan suku kaum, tidak seperti Warisan pada hari ini?

Apa yang telah di katakan oleh DS Ketua UMNO Sabah adalah benar, mengenai lompat dan lompatan wakil rakyat, jika tiada lompatan, warisan pun tidak membentuk kerajaan pintu belakang pada hari ini. “ Ketua Wira sudah panik ka? Jangan takut kalau YB kamu lompat sebab kamu yang ajar”.

Rakyat Sabah pada hari sangat terseksa di bawah kerajaan Warisan. Semua pelusuk rakyat merasakan perkara ini kecuali mereka yang taksub dengan Warisan yang menanti belah.

Saya nasihat kan saudara Aziz dan Ismail lihat dicermin dahulu sebelum membuat kenyataan, jangan cuba kencing ke langit akhirnya terkena muka sendiri. Cukup lah kamu kencing rakyat, rakyat sabah tidak akan membenarkan mereka ditipu dan di kencing untuk kali kedua. “Enough is enough”.

Ghazali Ansing
Pengarah Komunikasi Dan Strategik UMNO Sabah

8 Comments