SPRM sahkan siasatan kes RISDA libatkan Shafie dan Peter Anthony
05:12 Dec 31, 2017  |  By SabahKini2
SPRM sahkan siasatan kes RISDA libatkan Shafie dan Peter Anthony

“Biarlah pihak kami menjalankan siasatan..."

Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan memang ada siasatan dijalankan berhubung isu pembelian tanah yang berkaitan namun beliau enggan memberi ulasan mengenai pihak yang terlibat dengan perkara itu.

“Biarlah pihak kami menjalankan siasatan. Saya tidak mahu isu ini dispekulasikan,” katanya

Semalam Utusan Malaysia melaporkan Dua pemimpin parti di Sabah termasuk seorang bekas menteri sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan wang deposit pembelian tanah milik Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bernilai RM15.5 juta di negeri itu pada 2014.

RM155.4 juta milik RISDA hampir lesap berikutan urusan jual beli tanah NCR di daerah Tongod seluas 2,428 hektar

Ia susulan laporan Sabahkini2 melaporkan Dato’ Seri Shafie Apdal, Datuk Peter Anthony dan firma guaman Micheal UBU Co yang terlibat dalam skandal itu. Peter Anthony juga tidak apat ditemui kerana gagal melaporkan diri kepada SPRM sejak dua bulan lalu.

Menjadi kebiasaan dalam siasatan dalam SPRM siasatan akan mengambil keterangan daripada individu lain termasuk pegawai daripada RISDA dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk membantu siasatan kes itu.

Sehingga ini Pengerusi RISDA Datuk Zahidi Zainul Abidin belum membuat apa-apa kenyataan berhubung laporan Utusan Malaysia itu.

 

5 Comments