Netizen kecam Warisan, RM150,000 demi ‘Kluster Unduk Ngadau’ di KDCA 31 Mei 2020
04:05 May 27, 2020  |  By SabahKini2
Netizen kecam Warisan, RM150,000 demi ‘Kluster Unduk Ngadau’ di KDCA 31 Mei 2020

Dikala semua program keagamaan, budaya dan keramaian dibatalkan kerana Covid-19 Kerajaan Warisan mencadangkan Unduk Ngadau di KDCA pada 31 Mei kononnya mengikut SOP. Mahu wujudkan 'Kluster Unduk Ngadau'?

Dikala semua perkara kerajaan pusat dibantah seperti pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kelonggaran ekonomi, kuarantin pelajar IPT dan lain-lain lagi dengan pelbagai alasan kini terlalu mudah pula kerajaan Warisan memutuskan penganjuran pertandingan Unduk Ngadau dan Sugandoi sempena perayaan Pesta Kaamatan 2020.

Sekalipun pertandingan itu dijalankan menerusi dalam talian namun netizen mempersoalkan apabila penganjur mencadangkan peserta akhir Unduk Ngadau perlu datang bertanding di KDCA pada 31 Mei untuk diadili oleh juri.

Pertandingan akhir Unduk Ngadau itu dikatakan akan dibuat secara tertutup berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tidak membenarkan kehadiran orang ramai.

Pengumuman Pengerusi Jawatankuasa Kaamatan Sabah, Datuk Peter Anthony yang juga Naib Presiden Warisan itu menegaskan akan terus menganjurkan perayaan itu.

"Perayaan Kaamatan seperti yang kita rayakan setiap tahun sebelum ini tidak ada tetapi dua acara telah diluluskan (untuk dianjurkan) iaitu Unduk Ngadau dan Sugandoi”. katanya

Netizen turut mempersoalkan hadiah yang ditawarkan RM150,000 yang baik disumbangkan kepada pihak yang memerlukan. Ini kerana masih ramai belum menerima bantuan RM300 pakej Covid-19 kerajaan negeri itu.


Bantahan

Sementara itu pemimpin PBS yang juga ahli seumur hidup KDCA, Datuk Johnny Mositun mempersoalkan keputusan jawatankuasa penganjur Pesta Kaamatan negeri mengadakan pertandingan akhir Unduk Ngadau Kaamatan di Hongkod Koisaan, KDCA pada 31 Mei nanti.

Beliau berkata, walaupun jawatankuasa yang diketuai Datuk Peter Anthony itu menjelaskan pertandingan akhir itu nanti akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk megehadkan kehadiran tidak lebih daripada 50 orang dalam dewan, Mositun memberi amaran kemungkinan perkara lain boleh terjadi.

“Pertandingan Unduk Ngadau sebagai acara utama Pesta Kaamatan sentiasa menarik perhatian ramai. Walaupun tidak sampai 50 orang dibenarkan berada dalam dewan Hongkod Koisaan nanti tetapi bagaimana pula di luar dewan?

“Adakah ahli keluarga dan para penyokong peserta akan dilarang daripada menunggu di luar dewan?” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Syor dibatalkan

“Sejak pengumuman Peter, saya menerima banyak panggilan telefon daripada orang ramai yang begitu bimbang dan mereka percaya ianya membawa risiko kesihatan,” katanya.

Jelas kata Mositun, keputusan Peter meneruskan acara kebudayaan masyarakat KDM ini tanpa memikirkan perasaan orang ramai.

“Sebagai langkah mengawal penularan pandemik Covid-19, Hari Raya Aidilfitri tahun ini dirayakan dengan cara amat berlainan sehingga ibadah sembahyang di pagi Raya pun ditiadakan.

“Bukan sahaja itu, penganut agama lain di negara ini turut dilarang daripada menjalankan ibadah di tempat sembahyang masing-masing sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Jika masyarakat dapat bertahan daripada menghadiri upacara keagamaan yang begitu penting demi mencegah penularan coronavirus, saya fikir bukanlah menjadi satu masalah besar sekiranya kita terlepas pertandingan Unduk Ngadau atau Sugandoi untuk sekali ini sahaja,” katanya.

Tiba-tiba program Datuk Peter boleh dianjurkan. Di mana Pengarah JKNS?

Sebelum ini Kerajaan Warisan mempertikaikan isu pelajar IPT yang kembali dari Semenanjung, Sarawak ke Sabah dengan pelbagai alasan sehingga daripada 11 ribu pergerakan 5 pelajar dijangkiti diperbesar-besarkan dijadikan sebagai ‘Kluster IPT’.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kluster IPT Sabah pusat kuarantin tak cukup, kluster 'Pulau Gaya' PATI dirahsiakan? ]

Dr Christina Rundi sanggup membatalkan arahan pengecualian kuarantin dan mahu semua pelajar IPT di kuarantin di pusat yang disediakan. Akhirnya menjadi isu pusat kuarantin tidak mencukupi, kotor dan tidak diselenggara.

Cuma hari ini ketika cadangan penganjuran Unduk Ngadau dan Sugandoi sempena perayaan Pesta Kaamatan 2020 di mana Dr Christina Rundi Pengarah JKNS itu? Apakah tiada nasihat dari Pengarah JKNS atau Command Centre Covid-19 sabah kepada Datuk Peter Anthony?

Apakah tidak mungkin dengan penganjuran di KDCA nanti tiada ‘Kluster Unduk Ngadau’ bakal dimasukkan dalam kluster Covid-19?

Kerajaan sedang bersiap menghadapi gelombang ‘Kluster Raya’ untuk 14 hari mendatang tiba-tiba Kerajaan Warisan kerana RM150,000 mahu melahirkan kluster baru “kluster unduk ngadau’. Kluster PATI pun sudah membimbangkan inikan Unduk Ngadau.

Siapa mahu bertanggungjawab? Datuk Peter Anyhony, Christina Rundi atau Datuk Shafie Apdal?

22 Comments