Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Dr Maszlee, Amiruddin gugur keahlian Bersatu sertai pembangkang
19:05 May 28, 2020  |  By SabahKini2
Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Dr Maszlee, Amiruddin gugur keahlian Bersatu sertai pembangkang

Berdasarkan perlembagaan Bersatu, ahli yang menyertai kelompok pembangkang boleh menyebabkan keahlian seseorang itu gugur dengan sendiri.

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tun Dr Mahathir Mohamad bersama empat lagi pemimpin terlucut keahlian secara automatik selepas menyertai blok pembangkang .

Empat yang lain ialah Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ketua Armada BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Dr Maszlee Malik serta Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah.

Berdasarkan surat dari setiausaha kerja Bersatu yang diedarkan Muhammad Suhaimi Yahya, keahlian kelima-lima mereka dihentikan atas alasan duduk di bangku blokm pembangkang semasa persidangan Dewan Rakyat 18 Mei lalu.

Dalam kenyataan itu, Menurut fasal 10.2.2 dan 10.2.3 Perlembagaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( Bersatu) Keahlian Mereka-mereka yang menerima surat berkenaan dalam Parti berkenaan adalah terhenti serta merta.

"Maka dengan ini dimaklumkan bahawa menurut pasal 10.2.2 dan fasal 10.2.3 Perlembagaan BERSATU, keahlian YB Tun dalam BERSATU adalah terhenti serta merta,"

Sebelum ini Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Wan Saiful Wan Jan berkata, berdasarkan perlembagaan Bersatu, ahli yang menyertai kelompok pembangkang boleh menyebabkan keahlian seseorang itu gugur dengan sendiri.

Menurutnya, beliau membangkitkan perkara ini susulan kesal dengan tindakan segelintir Ahli Parlimen Bersatu yang memilih untuk duduk bersama barisan parti pembangkang dalam pembukaan sidang Parlimen, Isnin lalu.

“Setiap parti ada disiplinnya. Semua ahli perlu hormati disiplin parti. Sebenarnya parti tidak lagi perlu kenakan tindakan disiplin, sebab keahlian gugur dengan sendiri. Suburkan semangat ‘rule of law’ yang kita pegang, parti perlu segera semak status keahlian semua tanpa rasa takut,”katanya.

 

 

3 Comments