Kantoi! Software Syarikat Israel dibeli 3 kali ganda lebih besar oleh PM 7 Tun M, Kerajaan PH
08:05 May 30, 2020  |  By SabahKini2
Kantoi! Software Syarikat Israel dibeli 3 kali ganda lebih besar oleh PM 7 Tun M, Kerajaan PH

Disaat Malaysiakini, PH menuduh Najib beli Software Syarikat Israel semasa Kerajaan BN bubar. Rupanya Software itu dibeli 3 kali ganda lebih tinggi di zaman PM 7 dan Kerajaan PH. Mengapa PH tak dedah ini?

Malaysiakini, Malaysia Dateline (PAN) dan seorang  EXCO PKR Selangor menuduh Najib Razak beli software Israel untuk intip PH sebelum PRU14. Bagaimanapun kantoi selepas disemak pembelian fasa kedua itu adalah di zaman PM 7 Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dua kesimpulan tuduhan itu ialah:

  1. Perjanjian pembelian Fasa 1 yang dikatakan bernilai US$1.5 juta adalah dengan Cawangan Khas Polis (SB) - bukan dengan Pejabat Perdana Menteri. Perjanjian pembelian Fasa 1 ditandatangan pada April 2018 (sebulan sebelum PRU14) - bermakna kerajaan sudah bubar masa itu dan ianya agak mustahil untuk software digunakan untuk PRU14.

  2. Pembelian fasa 2 bermula setahun SELEPAS PRU14. Kali ini, nilai pembelian adalah 3 kali ganda lebih besar dan melibatkan SB (US$400,000), Pejabat Perdana Menteri (US$2.5 juta) dan SPRM (US$2.2 juta)

Najib telah menjawab tuduhan itu dalam Facebooknya

 

Ini komen Najib yang perlu Malaysiakini, PH fikirkan.

Saya bukan Menteri dalam Negeri masa itu dan saya tak pernah suruh atau pilih apa yang patut dibeli oleh SB. Mereka putuskan sendiri. Adakah kerja saya untuk menilai dan mencari software untuk beli?

Pembelian Fasa 1, jika benar-benar berlaku, tak libatkan Pejabat Perdana Menteri pun. Pada bulan April 2018, kerajaan dah bubar dan kami sibuk dalam kempen PRU14 masing-masing.

Bagaimanapun Pembelian Fasa 2 adalah setahun selepas PRU14 dipetik sebagai bernilai 3 kali lebih besar dan melibatkan SB, Pejabat Perdana Menteri dan SPRM masa rejim Gagalkrasi PH.

Bukankah ketika itu Tun Dr Mahathir adalah Perdana Menteri? Mengapa Malaysiakini, Malaysia Dateline dan Exco PKR Selangor tidak tuduh atau dedah pembelian 3 kali ganda itu untuk merisik BN dan PAS pula?

Sudah pasti Pejabat Perdana Menteri (PM7) dan juga Ketua Pesuruhjaya SPRM setahun selepas PRU14 itu orang yang sama. Pasti Cawangan Khas lebih tahu pendedahan PH dan Malaysiakini ini.

Kerajaan PH memerintah tak kan Pembelian Fasa 2 itu untuk mengangkat populariti Najib pula? Bukankah sepatutnya mengangkat populariti Dr Mahathir dan PH?


Langganan disambung sehingga PM 7 dan PH

 

8 Comments