Yayasan Osimal, Richard tiada lesen MDA KKM bekal Rapid Test Kit (RTK) di Sabah?
08:06 Jun 02, 2020  |  By SabahKini2
Yayasan Osimal, Richard tiada lesen MDA KKM bekal Rapid Test Kit (RTK) di Sabah?

Sama ada Yayasan Osimal tempat 'parking' wang atau tidak, Yayasan perlu membuktikan mereka mempunyai lesen sah kelulusan MDA KKM untuk mengimport dan membekal kit ujian COVID-19 di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737).

Selepas pendedahan artikel Sabahkini2 mengenai sebuah Yayasan baru muncul diketuai Bekas Ketua Hakim Negara mendapat dana Kerajaan Warisan dan kini cuba dijadikan NGO memberi kebajikan membantu Covid-19 nampaknya mengundang reaksi daripada pelbagai pihak termasuk Christina Rundi Pengarah JKNS dan Tan Sri Richard Malanjum Pengerusi Yayasan Osimal sendiri.

[ARTIKEL BERKAITAN- 26 Mei 2020: Yayasan Osimal milik bekas Ketua Hakim Monopoli Projek Rapid Test Kit (RTK) dari Singapura?”]

Sejak artikel itu disiarkan respon media dan juga laporan polis dibuat oleh Tan Sri Malanjum menafikan NGOnya seperti didakwa. Laporan media boleh dicapai;

27 Mei 2020: Portal Sabahkini Siar Kenyataan Berbaur Fitnah – Pengarah JKNS

28 Mei 2020: Malanjum: “Bersemuka Dengan Saya, Jangan Berani Fitnah Sahaja”

28 Mei 2020: Former CJ denies dodgy deal with Sabah govt to purchase Covid-19 test kits

29 Mei 2020: Former CJ Malanjum lodges police report against blog

 

‘Kabel’ atau guna kontak Richard  Malanjum!

Soalan Sabahkini2 ialah benarkah Yayasan Osimal milik Bekas Ketua Hakim Monopoli Projek Rapid Test Kit (RTK) dari Singapura?

Entahlah apa kelebihan Bekas Ketua Hakim Negara itu. Bukan seorang Doktor atau bukan dalam bidang perubatan tetapi dikaitkan dengan penggunaan kabel atau ‘contact’ bekas Ketua Hakim itu. Maksudnya kabel bekas Hakim inilah yang menjadi penghubung kepada pembelian Rapid Test Kit itu dari Singapura.

Portal Borneo Today pada 4 April lalu melapor pengakuan Kerajaan Warisan atas nama Foundation Osimal, Richard menggunakan hubungan baik beliau atau ‘contact besar’ yang ada dengan beberapa individu tertentu untuk memastikan Sabah mampu membeli kit ujian itu dari Singapura.

Siapa individu di Singapura itu? Kerajaan atau syarikat pembekal swasta? Sama ada Yayasan Osimal sebagai pembeli Rapid Test Kit di Singapura atau syarikat yang diberi kelulusan KKM membuat pembelian ia masih misteri.

Alasan Richard “Susah mahu cari reagent, sebab ini barang seluruh dunia cari dan kalau tidak bertuah tidak akan dapat, jadi ini mahu cepat-cepat kalau ada terus beli waktu itu juga, tidak lagi tunggu-tunggu terus kau bayar dia bagi, kalau tidak dapat bayar tidak bagi,” kata Richard ketika ditemui di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu- Rujuk Gambar

Alasan Christina Rundi; Untuk makluman, JKNS tidak pernah menerima Rapid Test Kit (RTK) daripada Yayasan Osimal.

“Gambar yang disiarkan adalah bekalan reagen untuk Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu (MKAKK).

“Pihak JKNS berterima kasih kepada Yayasan Osimal kerana membantu mendapatkan reagen di kala MKAKK mengalami kekurangan bekalan reagen untuk memproses sampel yang banyak dari seluruh negeri Sabah,” katanya

Persoalan: Tidak mungkin JKNS sendiri membuat pembelian RTK itu dengan pembekal dari Syarikat Singapura! atau Makmal Kesihatan Awam Kota Kinabalu syarikat apa membuat pembelian terus?

Tiada syarikat atau establismen boleh bekal atau membeli tanpa Kelulusan Medical Device Authority (MDA)

Persoalan Sabahkini2 juga jelas syarikat apa yang membeli RTK tu dari Singapura? Tak mungkin Yayasan Osimal yang hanya ditubuh pada Mac 2020? Tak mungkin Yayasan Osimal sudah mendapat lesen MDA? Jika Yayasan Osimal menggunakan syarikat berlesen tunjuklah syarikat itu. Ia mudah dedahkan seja kepada media dokumen kebenaran MDA itu.

Surat Ketua Pengarah Kesihatan bagi pembekal Rapid Test Kit bertarikh 24 April 2020 adalah jelas RTK yang diiktiraf KKM seperti Lionrun Shanghai Liangrun, Wondflo, Vazyme, Standard Q Covid-19, Healgen dan SD Biosensor (Korea).

Bukankah Medical Device Authority (MDA)  telah menegaskan mana-mana syarikat atau establismen yang hendak membekalkan kit ujian COVID-19, hendaklah dipastikan peranti tersebut berdaftar dan syarikat telah mempunyai lesen establismen di bawah Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) yang sah.

Jika Yayasan Osimal dan syarikat proksinya mendapat akses khas (special access) tunjukkan lah. Semua syarikat di Malaysia pun nak tengok siapa pembekal Kerajaan Warisan Sabah yang berdaftar dengan MDA itu.

Tak mungkin bekas Ketua Hakim Negara tidak mengetahui peraturan MDA? Kesalahan tanpa MDA boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ratus ribu ringgit (RM200,000) atau penjara bagi tempoh tidak melebih tiga (3) tahun

Tak kan peraturan MDA juga sudah menjadi kabel atau ‘contact’ besar. Mentang-mentang bekas Ketua Hakim Negara maka Yayasan Osimal istimewa dikecualikan kelulusan MDA di Negeri Sabah?

Benarkah RTK daripada Singapura murah?

Benarkah susah cari Reagent sebagaimana dakwaan Tan Sri Richard Malajum dan Christina Rundi?

Kerajaan Warisan Sabah mengaku membeli  Rapid Test Kit  (reagent)  Covid-19 5000 unit dari Singapura dengan harga RM900,000. RM700,000 wang Kerajaan Negeri Sabah, RM200,000 daripada dana tambahan oleh NGO, Dato’ Chua Song Lim & Datin Koh Sai Eng Foundation Incorporated.

Yayasan Osimal mesti menjelaskan bagaimana wang hampir RM1 juta ini disalurkan? Kepada Yayasan Osimal atau Kerajaan Negeri terus membuat pembelian. Ini bukan soal Yayasan atau pihak mana membantu Covid-19 tetapi apa-apa produk luar negara yang dibeli secara import syarikat atau establismen perlu melepasi MDA.

Jika tidak ini membelakangkan syarikat yang mempunyai kelayakan yang telah membayar lesen jutaan ringgit sebagai pengedar di seluruh dunia.

Harga Produk terlalu tinggi.

Dalam produk RTK yang kononya atas derma Yayasan Osimal yang tular  ialah produk GF-1 Viral Nucleic Acid Extraction kit Jenama yang tercetak di kotak adalah "extraction kit" atau "alat perolehan". Alat ini adalah sebahagian dari langkah untuk memenuhi ujian "PCR reagents", bukan keseluruhan ujian PCR.

Disebabkan ini adalah "alat perolehan" maka jenama ini tidak ada di dalam senarai rekomendasi KKM.

Pembelian 5000 unit ‘reagents’ dari Singapura dengan kos RM900,000  yang diumumkan Kerajaan Warisan dan Yayasan Osimal itu nampaknya terlalu tinggi.

Menurut pakar kesihatan, "Alat Perolehan" ini boleh dibeli di pasaran dalam harga RM15-20/ujian, dan  "PCR reagents" pula berharga antara RM80-100/ujian.

Walaupun jika JKNS menggabungkan "Alat Perolehan" dan "PCR Reagenst", jumlah harga masih kurang 50% dari RM180/ujian.

Jika harga paling tinggi RM80 pun kos masih RM 400,000 untuk 5000 unit. Nampak tak?

 
Sumber berkata Yayasan Osimal dibiayai Kerajaan Negeri dan dana sumbangan GLC Negeri.

Baiklah katalah apa sahaja RTK yang dibeli tersalah lapor namun harga "PCR Reagent" RM180 seunit tetap terlalu mahal.  Harga sekarang di pasaran telah agak stabil dan rendah, disebabkan telah ada banyak kilang PCR reagents yang telah masuk ke Malaysia dari seluruh dunia.

Antibody Rapid test kit adalah berharga separuh (50%) dari harga PCR reagents. Tidak dapat dipastikan JKNS dan  Yayasan Osimal membeli RTK  daripada senarai rekomendasi KKM. Tentu meragukan jika produk Singapura dibekalkan tanpa kelulusan MDA KKM. Ini merisikokan keselamatan rakyat.

Apakah ini punca penghantaran pembelian import barangan luar menggunakan khidmat kapal pengangkut Angkatan Tentera Malaysia? Kos pengangkutan ditanggung kerajaan sekalipun pembelian RTK dibeli harga murah.

Kepada Tan Sri Richard jika Yayasan Osimal hanya sebagai orang tengah Yayasan sepatutnya mendedahkan siapa syarikat yang mempunyai kelulusan MDA itu. Yayasan juga tidak boleh mempromosi dirinya sebagai pembekal produk Rapid Test Kit kepada Kerajaan Negeri Sabah. Guna kuasa langgar undang-undang guna 'kabel' adalah perbuatan jijik. 

SPRM berminat tak siasat hubungan Tan Sri Richard, Yayasan Osimal, Pengarah JKNS dan Shafie Apdal ini? 

 

4 Comments