Amir Hussien Ketua Penyelaras Parti Amanah ditamat Pengerusi Perbadanan Labuan
04:06 Jun 07, 2020  |  By SabahKini2
Amir Hussien Ketua Penyelaras Parti Amanah ditamat Pengerusi Perbadanan Labuan

Penamatan ahli politik dalam agensi atau badan berkanun kerajaan adalah perkara biasa dalam mana-mana kerajaan. Sepatutnya Datuk Seri Amir Hussein meletakkan jawatan lebih awal.

KOTA KINABALU: Ketua Penyelaras Parti Amanah Labuan yang juga Pengerusi Perbadanan Labuan, Datuk Seri Amir Hussein ditamatkan kontrak Jumaat lalu oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa.

Surat penamatan daripada Annuar yang diserahkan kepada Amir yang sudah diketuai kedudukan beliau sebagai ketua penyelaras parti yang sepatutnya meletakkan jawatan selepas bertukar kerajaan mac lalu.

“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subperenggan 1(2) Jadual Pertama, Akta Perbadanan Labuan 2001 (Akta 609), saya, Tan Sri Annuar Musa, menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan Labuan membatalkan pelantikan Datuk Seri Amir Hussein sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan,” jelas surat tersebut.

Dengan penamatan itu bermakna kerusi Pengerusi Perbadanan Labuan masih kosong sehingga hari ini.

Amir dilantik ke jawatan tersebut pada 24 Oktober 2018 oleh Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Khalid Abdul Samad.

Sebelum Amir, jawatan berkenaan disandang Ahli Parlimen Labuan BN, Datuk Rozman Isli yang kini ahli Parlimen Warisan.

Terdapat  desas-desus Ahli Parlimen Labuan itu menyokong Kerajaan Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin namun setakat ini masih dinafikan oleh Datuk Rozman Isli.

Apakah jawatan ini bakal diberikan kepada Datuk Rozman Isli? Sama-sama kita nantikan.

[ARTIKEL BERKAITAN- Rozman MP Labuan keluar Warisan sertai Muhyiddin? ]

[ARTIKEL BERKAITAN- MP Labuan buat laporan polis terhadap Sabahkini2.com ]

 

1 Comment