Terbukti Lim Guan Eng,Dr M salah guna kuasa arah Tommy Thomas, Shukri SPRM batal beku akaun Taikun DAP
16:06 Jun 09, 2020  |  By SabahKini2
Terbukti Lim Guan Eng,Dr M salah guna kuasa arah Tommy Thomas, Shukri SPRM batal beku akaun Taikun DAP

Bermula dengan arahan Lim Guan Eng selamatkan Taikun DAP akhirnya Dr M akur dan arahkan Peguam Negara beri pelepasan kepada akaun Tan Sri Lim Soon Ping Titijaya Group. Siasat apa Lim Guan Eng dapat..

Akhirnya terbongkar segala kejahatan Kerajaan PH mengapa Dato’ Sri Shukri Abdul dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membalas dendam terhadap Najib Tun Razak.

Dato’ Sri Shukri Abdul dan Zamri Zainul Abidin

Bagi menyelaras kerja-kerja itu Shukri Abdul melantik Mohamad Zamri Zainul Abidin sebagai Pengarah Pengarah Pengubahan Wang Haram & Perlucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM. Tugas pertamanya adalah membekukan semua akaun yang dikaitkan dengan 1MDB. Seperti biasa kegagalannya merosakkan nama baik SPRM. Akaun dibeku melebihi setahun sehingga terpaksa membuat saman sivil untuk mencari kesalahan penerima wang dikait 1MDB. KP SPRM baharu Datuk Seri Azam Baki wajar menukarnya dengan pegawai yang lebih teliti dan berhati-hati.

Rupanya beliau bukan sahaja untuk memerangkap Najib tetapi untuk menyelamatkan taikun PH belaan DAP. Rupanya jika akaun taikun DAP dibeku maka hujahnya lojik untuk diselamatkan. Namun jika individu atau syarikat bukan DAP maka mereka perlu terus dibeku dengan segala cara. Tidak dapat dipastikan apakah ulasan bertulis Dato’ Sri Shukri Abdul dan Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika itu namun berdasarkan keputusan Lim Guan Eng dan Tun M nampaknya mereka menyokong permohonan itu untuk diberi pertimbangan Peguam Negara.

Kontroversi pendedahan surat campurtangan Lim Guan Eng mengarahkan Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Tommy Thomas membatalkan arahan pembekuan ke atas 4 akaun bank milik seorang jutawan hartanah Tan Sri Lim Soon Peng (Titijaya Group) menunjukkan sikap sebenar DAP selepas berkuasa.

Lim Guan Eng dan DAP tidak peduli sama ada kes itu kes mahkamah atau akaun pembekuan AMLA. Asalkan wang dan menguntungkan Taikun DAP mereka akan segera menyelamatkannya.

Berikut merupakan surat yang tular dilaman sosial mengenai arahan Lim Guan Eng menggunakan minit Tun Dr Mahathir bekas PM7 sebelum ini

26.10.2018: Peguam Tan Sri Lim Soon Ping menulis kepada KP SPRM (pada waktu itu Dato’ Sri Shukri Abdull) untuk lepaskan pembekuan semua akaun peribadi dan syarikat Tan Sri Lim Soon Ping

Lim Guan Eng Menteri Kewangan pula menghantar surat kepada Tun M untuk meminta kelulusan pembekuan akaun Tan Sri Lim Soon Ping. Keratan surat yang dapat dilihat seperti berikut;


Surat ini adalah surat permohonan Lim Guan Eng kepada Tun M. Jika dibaca dua perenggan dan nama penandatangan
surat ini jelas dari Lim Guan Eng kepada Tun M. Tun M kemudian meminitkan surat
Lim Guan Eng itu menyokong ulasan Lim Guan Eng

Pada 05.12.2018, Tun M meminitkan surat dari Lim Guan Eng (LGE) dengan minit  “ Saya berpendapat penyelewengan oleh mantan Perdana Menteri tidak boleh dipersalahkan Tan Sri Lim. Oleh itu pembekuan akaun peribadinya atau syarikatnya tidak boleh dikekalkan". 

19.02.2019: Surat Peguam Tan Sri Lim Soon Ping diterima oleh Lim Guan Eng dan Guan Enh meminitkan sekali lagi kepada Peguam Negara Tommy Thomas mengarahkan pelepasan akaun-akaun itu dengan merujuk kepada minit Tun M sebelum ini bertarikh 5 Disember 2018.

31.05.2019: Sebenarnya Lim Guan Eng ada menulis surat rasmi Peguam Negara Tommy Thomas mengarahkan akaun Tan Sri Lim Soon Ping dilepaskan daripada pembekuan. Ia berdasarkan surat maklum balas Surat Peguam Negara.

14.06.2019: Peguam Negara  memberi maklumbalas  kepada Lim Guan Eng status kes dan arahan beliau kepada SPRM melepaskan pembekuan akaun-akaun Tan Sri Lim Soon Ping.


Lim Guan Eng 1 Jun lalu menjawab dalam media bahawa dia hanya merujuk perkara itu kepada Peguam Negara bukan mengarahkan. Namun dua surat beliau termasuk satu minit kepada Peguam Negara nampaknya mengarahkan akaun itu dibuka menggunakan alasan PM daripada surat permohonannya sebelum  ini kepada Tun M.  "please lift the freeze as requested by YAB PM" 

Mesej jelasnya Lim Guan Eng DAP mengarah, memperalat dan mempergunakan Tun Mahathir membebaskan semua akaun Taikun DAP.

Sedangkan hujah yang sama untuk syarikat serta individu mengenai pembekuan akaun mereka juga adalah sama. Mereka tidak perlu tahu dari mana sumber kewangan sumbangan yang diberi Najib. Lantaran itu banyak kes mahkamah untuk akaun AMLA yang diurus Mohamad Zamri Zainul Abidin sebagai Pengarah Pengarah Pengubahan Wang Haram & Perlucuthakan Harta (AMLFOP) SPRM tewas jika dicabar di mahkamah. 

Sudah pasti ada sesuatu yang diberi oleh Tan Sri Lim Soon Ping Titijaya Group ini sehingga Lim Guan Eng bekerja keras memberi pelepasan akaun taikun DAP itu. 

 

 

1 Comment