Terima kasih Shafie Ketua Menteri masih ingat nama saya- Anifah
22:06 Jun 11, 2020  |  By SabahKini2
Terima kasih Shafie Ketua Menteri masih ingat nama saya- Anifah

Walaupun tidak memegang sebarang jawatan di peringkat negeri mahupun persekutuan, nama saya masih lagi disebut-sebut. Mungkin atas sebab banyak jasa saya sudah taburkan kepada negara ini sebab itulah beliau susah mahu melupakan nama saya.

Saya ucapkan terima kasihlah kepada Ketua Menteri Sabah kerana masih ingat menyebut nama saya walaupun saya cuma berstatus orang pencen.

Walaupun tidak memegang sebarang jawatan di peringkat negeri mahupun persekutuan, nama saya masih lagi disebut-sebut. Mungkin atas sebab banyak jasa saya sudah taburkan kepada negara ini sebab itulah beliau susah mahu melupakan nama saya.

Sebenarnya saya mempunyai ramai kawan-kawan yang selalu menghubungi saya untuk berbincang serta meminta pendapat saya berkenaan keadaan politik semasa terutamanya di Sabah. Walaupun saya belum lagi mempunyai sebarang parti namun kemungkinan disebabkan saya seorang yang dianggap berpengalaman maka pendapat saya sentiasa dipinta.


Laporan yang disiarkan Malaysiakini

Sebagai seorang yang amat menyintai negerinya, saya lebih fokus kepada usaha mengembalikan hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berkenaan dengan isu Mohamaddin Ketapi, beliau sebagai salah seorang kawan yang sama-sama bersekolah di England dulu beliau meminta pandangan saya berkenaan keadaan Sabah. Saya memberikan pendapat saya bahawa disebabkan bilangan kerusi di Sabah dan Sarawak buat masa ini walaupun bergabung hanyalah 56 kerusi sahaja maka kita buat masa ini harus bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam usaha mendapatkan hak-hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta Perlembagaan Persekutuan demi kepentingan rakyat Sabah. Pendapat yang jika ditanya oleh mana-mana kawan saya akan menjawab dengan pendapat yang sama.

Sebagai seorang pemimpin politik, Dato Seri Shafie Apdal seharusnya dikelilingi oleh orang orang yang setia, jujur dan boleh dipercayai. Bukannya orang yang boleh dijual beli.

Saya sesungguhnya amat terharu dengan ingatan Ketua Menteri Sabah pada saya namun sepatutnya Ketua Menteri Sabah lebih fokus dalam mencari penyelesaian pada masalah-masalah rakyat Sabah sebagai contoh cara terbaik menjana semula ekonomi negeri dalam keadaan kita terpaksa menghadapi pandemik Covid-19 ataupun memikirkan cara terbaik membela nasib rakyat Sabah serta Hak rakyat Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 serta Perlembagaan Persekutuan. Jangan janji Ketua Menteri Sabah tinggal janji manis seperti janji terang bulan.

ANIFAH AMAN
11 JUN 2020

10 Comments