Michael P.Ubu direman pagi ini
09:06 Jun 13, 2020  |  By SabahKini2
Michael P.Ubu direman pagi ini

Selepas ditangkap 1.30 pm jumaat, pagi ini Michael direman sebelum didakwa di mahkamah pada isnin depan bersama Datuk Peter Anthony sekali lagi bagi tuduhan Seksyen 409 Kanun Keseksaan CBT

Video hari ini Michael Ubu direman SPRM di mahkamah

KOTA KINABALU: Seperti yang dilaporkan Sabahkini2 semalam hari ini Michael P Ubu peguam yang diburu SPRM dan PDRM sejak 2 tahun  telah ditangkap dan kini dalam tahanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah.

[ARTIKEL BERKAITAN- Terkini! Michael P Ubu ditangkap SPRM akan direman esok ]

Michael, 63 yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal tanah Risda ditahan SPRM Sabah pada jam 1.30 tengahari Jumaat dan pagi ini direman sebelum didakwa bersama Datuk Peter Anthony isnin ini.

"Suspek akan didakwa di mahkamah pada isnin depan bersama Datuk Peter Anthony”. kata sumber

Menurut sumber  Michael bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan membabitkan pecah amanah firma guaman

Jika bersabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun, dengan hukuman sebatan dan denda.

Michael Ubu juga mungkin tidak akan terlepas dengan pertuduhan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 sebagaimana Datuk Peter Anthony melibatkan wang RM8.75 juta.

 

 

 

 

21 Comments