Skandal 89.1 juta: SUSK diburu kini Mohamaddin bekas Menteri, Musa KP Tourism bakal ditahan SPRM?
05:06 Jun 17, 2020  |  By SabahKini2
Skandal 89.1 juta: SUSK diburu kini Mohamaddin bekas Menteri, Musa KP Tourism bakal ditahan SPRM?

Selepas 3 pengarah syarikat The IO Movement ditahan SPRM, bekas SUSK diburu, Datuk Mohamaddin Ketapi bekas Menteri MOTAC , Datuk Musa KP Tourism dan pegawainya juga bakal ditahan? Nampaknya Warisan Sabah makin panas....

Anda pasti mengingati kempen Visit Malaysia 2020!.Kempen VM2020 kontroversi Mohammadin Ketapi bekas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Video sidang media paling diingati itu ialah apabila Menteri Pelancongan pada 22 hingga 28 Januari mengarahkan agar jangan menyekat pelancong China. Jangan diskriminasi pelancong China walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda negara.

 “orang yang dah masuk negara kita adalah orang sihat, dan kita akan buat surat pusat-pusat pelancongan agar jangan sekat pelancong”.

Video- MalaysianInsight: Sidang Media yang melucukan

Susulan selepas itu lebih ramai lagi Menteri PH seperti Wan Azizah, Anthony Loke, Lim Guan Eng, Tun Dr Mahathir sendiri dan ramai lagi mempertahankan pelancong China sehingga program himpunan Kluster Tabligh pun dibenarkan. Akhirnya Covid-19 yang dipandang ringan merebak satu negara sehingga lah kerajaan PH tumbang dan bertukar kepada Kerajaan baharu PN.

Mengapa Mohamaddin pertahankan Pelancong China?

Semuanya adalah kerana perniagaan syarikat milik kroni yang sedang mendapat projek kempen periklanan VM2020 keluar negara. Jika pelancong tak datang projek VM2020 akan gagal dan mungkin dibatalkan.

Siapakah yang Mohamaddin Ketapi pertahankan?

SPRM: Penangkapan 3 Pengarah Syarikat

11 Jun lalu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan tiga pengarah sebuah syarikat bagi siasatan kes rasuah berkaitan memperoleh satu kontrak promosi pengiklanan kelolaan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) hampir RM90 juta pada tahun 2019.

Ketiga-tiga pengarah syarikat berusia antara 31 hingga 48 tahun ini ditahan lewat petang semalam di Ibu Pejabat SPRM.

“SPRM juga telah mengenalpasti pegawai Tourism yang terlibat dan dijangka membuat beberapa siri tangkapan yang melibatkan individu yang bersekongkol dengan ketiga-tiga pengarah syarikat ini,” kata sumber itu.

Difahamkan syarikat ini telah mengemukakan dokumen dan maklumat palsu untuk memasuki tender hingga ditawarkan kerja-kerja tersebut.

“Syarikat terbabit juga dikatakan tidak memiliki kelayakan serta gagal melepasi penilaian teknikal dan kewangan.

“Walau bagaimanapun disebabkan bayaran suapan rasuah kepada orang dalam maka semua syarat asas diketepikan bagi membolehkan kontrak tersebut diberikan kepada syarikat terbabit,” katanya.

Pemburuan Bekas Setiausaha Sulit Kanan Menteri Pelancongan

Susulan daripada itu SPRM turut mengumumkan pencarian bekas Setiausaha Sulit Kanan MohammadinMohamaddin Ketapi itu iaitu Mohd Saifullah Mohd Minggu@ Mohd Hisham dan dilaporkan dalam media masa. Semua ini adalah berkaitan dengan projek promosi pengiklanan kelolaan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) itu. Surat dan minit Menteri kepada projek itu menjadi siasatan kepada 


Mohd Saifullah Mohd Minggu@ Mohd Hisham- Anak muda Warisan. 
Beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah
Allayarham Datuk Hisham Abdul Fattah.

Siapa syarikat itu?

Sekitar bulan Februari pelbagai portal dan blog mempertikaikan bagaimana sebuah syarikat yang tidak punya kelayakan seperti THE IO Movement Sdn Bhd menang tender RM89.1 juta melaksana projek ‘REQUEST FOR PROPOSAL : GLOBAL ADVERTISING AGENCIES AND PROMOTION FOR TOURISM MALAYSIA’.  



Syarikat THE IO Movement Sdn Bhd ini mesti mempunyai 'orang dalam' Menteri Pelancongan dan Pegawai Tourism Malaysia. Jika tidak tak mungkin syarikat ini akan memenangi tender ini.


Murada Hadji Nur Pengarah baru



Tunku Izrina Mazuin kerabat diraja Negeri Sembilan dikatakan keluar dari syarikat bulan Mac lalu

Status syarikat yang menerima projek RM89 juta periklanan Tourism Malaysia


Bagaimana syarikat THE IO Movement Sdn Bhd mendapat projek RM89 juta?

 TONTON VIDEO INI MENGENAI PROJEK TOURISM MALAYSIA

TIGA SERANGKAI: Shafie, Mohamaddin dan Musa Yusof

Kuncinya ialah sokongan Datuk Mohammadin Ketapi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya ketika itu serta hubungan rapatnya dengan Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) Datuk Musa Yusof. Datuk Musa Yusof inilah yang mempunyai hubungan rapat dengan pemilik dan pelobi syarikat The IO Movement Sdn Bhd. Sumber menyebut sebagai syarikat kroni Datuk Musa Yusof. Mungkinkah anak Mohammadin terlibat?

Datuk Musa Yusof adalah bekas Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia/Aftrika) di Tourism Malaysia [Juga Pengerusi Koperasi Kakitangan MOTAC] yang terlibat dengan skandal  Projek GEEKO Speedy Gonzalez RM99.7 juta yang disiasat SPRM. Namun atas kuasa Menteri Pelancongan Mohamaddin Ketapi melantiknya sebagai Ketua Pengarah.


Skandal Projek GEEKO Speedy Gonzalez RM99.7 juta

Kisah skandal ini berpanjangan tahun lalu selepas KSU MOTAC turut dipanggil SPRM apabila KP Tourism meluluskan bayaran kepada syarikat GEEKO kontroversi itu. Kes ini menyebabkan KSU dipindahkan ke Kementerian Pengangkutan

[ARTIKEL BERKAITAN- KSU MOTAC luluskan bayaran RM35 juta kepada GEEKO yang disiasat SPRM kontrak RM99.7 juta ]

Mohamaddin Ketapi juga melantik adik Shafie Apdal Tuan Haji Mohd Yamin Apdal sebagai Ahli Lembaga Pengarah Tourism Malaysia untuk mengukuhkan dirinya. 


Pencatur TOURISM: Yamin adik Shafie Apdal, Mohamaddin Ketapi dan Datuk Musa Yusof

Pelobi The IO Movement Sdn Bhd menggunakan Datuk Musa Yusof dan adik Shafie Apdal untuk mendapatkan projek di Tourism Malaysia.

Ivan Omar, Dato' Ifrahim Baydr Omar, Noradilla Noorazam

Tiga nama yang dikaitkan dengan syarikat The IO Movement Sdn Bhd ialah Ivan Omar, Dato' Ifrahim Baydr Omar dan Noradilla Noorazam. Dato' Ifrahim Baydr Omar dan Noradilla Noorazam  inilah dikatakan paling rapat dengan Musa Yusof KP Tourism dan Mohammadin Ketapi. Lantaran itu SUSK Mohammadin yang menguruskan segara dokumen sokongan projek The IO Movement Sdn Bhd diburu. Penama Syarikat The IO Movement Sdn Bhd,  Rachel Chew Kay Leng Omar adalah isteri Ivan Omar. Pemegang sahamnya Tunku Izrina Mazuin isteri Ifrahim Baydr Omar.

Manakala Noradilla Noorazam seorang wartawan adalah skandal seks Datuk Musa Yusof. Sebab itu Datuk Musa bertegas beri projek ini kepada kekasihnya. Percintaan punya pasal syarikat yang tidak layak dapat RM89 juta.



Ivan Omar, Dato' Ifrahim Baydr Omar, Noradilla Noorazam


Ketua Pengarah Datuk Musa Yusof tumbang......

Selepas pemburuan Mohd Saifullah Mohd Minggu bekas SUSK Mohammadin Ketapi mungkinkah ada lagi tangkapan pegawai dari Tourism Malaysia yang telah menolong syarikat The IO Movement Sdn Bhd lulus teknikal untuk mendapat projek ‘REQUEST FOR PROPOSAL : GLOBAL ADVERTISING AGENCIES AND PROMOTION FOR TOURISM MALAYSIA’. 

Syarikat The IO Movement Sdn Bhd jelas TIDAK memiliki kelayakan serta gagal melepasi penilaian teknikal dan kewangan namun siapakah Pegawai Tourism yang membantu mereka melepasi tender?

Datuk Musa Yusof sebagai Ketua Pengarah Tourism sudah tentu seorang daripada pegawai tinggi yang bertanggungjawab. Ini kerana jika penilaian Lembaga Perolehan Tender ini di bawa kepada KSU MOTAC pun penilaian adalah daripada pihak Ketua Pengarah Tourism juga. 

Datuk Musa selain mendapat arahan daripada pejabat Menteri Mohamaddin Ketapi melalui Setiausaha Sulit Kanan juga demi buah hatinya Nuradilla Noorazam. Skandal mengatasi segalanya.

Mungkinkah Datuk Mohammadin Ketapi dan Musa Yusof akan ditangkap SPRM?

Akta Kontrak 1949 kuasa untuk menteri adalah jelas akan membuat penurunan kuasa kepada pegawai berkaitan menandatangi kontrak Kementerian atau agensi. Jika dokumen itu wujud serta arahan minit kepada kepada Ketua Pengarah Tourism berlaku bermakna Datuk Mohamaddin Ketapi dan Musa Yusof ditahan SPRM adalah sangat tinggi. SUSK yang bertanggungjawab mengeluarkan memo kepada Ketua Pengarah Tourism memang perlu dipanggil SPRM.

RM89 juta bukan sedikit ia bukan kuasa Ketua Pengarah semata atau KSU MOTAC ia mesti daripada Menteri Pelancongan Datuk Mohamaddin Ketapi sebelum ini. 

Jika Datuk Mohamaddin Ketapi 'banyak mulut' dalam bulan ini menyerang kerajaan Perikatan Nasional tidak mustahil kes beliau ini akan mengheret beliau ke SPRM. Jika anak beliau juga terlibat sebagaimana desas-desus sebelum ini bermakna dengan anaknya sekali ke SPRM.

[ARTIKEL BERKAITAN- Disiasat SPRM: Menteri Pelancongan 'Shit, Rubbish' tuduh anaknya monopoli projek kementerian ]

 

15 Comments