Michael Ubu didakwa pecah amanah, AMLA libatkan wang RM19.5 Juta
09:06 Jun 15, 2020  |  By SabahKini2
Michael Ubu didakwa pecah amanah, AMLA  libatkan wang RM19.5 Juta

Pecah amanah dan pengubahan wang haram nilainya RM19.5 juta. Separuh dari nilai ini diberi kepada Datuk Peter Anthony. Peter tak boleh larikan diri kerana Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd atas nama Peter Anthony

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa peguam, Michael Persius Ubu atas tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram membabitkan sebidang tanah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) di Tongod yang bernilai RM19,505,400.

Michael, 64, mengaku tidak bersalah ke atas ketiga-tiga pertuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat.

Michael dibenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua penjamin manakala pasport antarabangsanya diserahkan kepada mahkamah serta perlu melapor diri di pejabat SPRM dua kali sebulan.

Bagi pertuduhan pertama, Seksyen 409 Kanun Keseksaan Michael  didakwa melakukan kesalahan itu pada 22 Julai 2014 iaitu sebagai ejen kepada RISDA dan di dalam kapasiti tersebut telah diamanahkan ke atas harta iaitu wang berjumlah RM15,545,400 yang telah dibayar melalui cek  Bank Muamalat bernombor 022865 ke akaun AmBank 102010000858 atas nama beliau.

Bagi pertuduhan kedua, Michael didakwa menerima wang berjumlah RM1 juta iaitu hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun milik Asli Jati Engineering Sdn Bhd, iaitu syarikat milik beliau, di tempat yang sama pada 25 Julai 2014.

Pertuduhan ketiga pula, Michael didakwa menerima wang tunai sebanyak RM2,960,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd dilokasi Beverly Hills Plaza pada 27 November 2015.

Pertuduhan kedua dan ketiga Michael didakwa dibawah Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Sebelum itu pihak pendakwaan momohon agar mahkamah tidak membenarkan ikat jamin terhadap tertuduh dengan menyifatkan kes berkenaan adalah serius dan tertuduh berpotensi untuk melarikan diri ke luar negara. Michael juga sebelum ini pernah melarikan diri keluar negara.

Bagaimanapun Mahkamah mengarahkan tertuduh membayar deposit RM300,000 pada hari ini dan RM400,000 lagi selewat-lewatnya 22 Jun depan.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 4 Ogos ini.

 

9 Comments