'Syarikat saya Qualified bukan 'Ali Baba' Limus Jury tempelak Dr Yusof kontrak Pan Borneo RM385 juta
21:06 Jun 16, 2020  |  By SabahKini2
'Syarikat saya Qualified bukan 'Ali Baba' Limus Jury tempelak Dr Yusof kontrak Pan Borneo RM385 juta

Jika ikut alasan logik Dr Yusof apakah syarikat kroni Shafie juga U-turn kepada PN takut ditamatkan kontrak?

Limus segera menjawab tuduhan Dr Yusof kerana projek RM385 juta beliau keluar dari UPKO. Semakan Senarai dari Warisan didapati syarikat Sinkong Contruction kes SPRM 1.5B KKLW kroni Shafie juga dapat RM 513 juta.

Datuk Dr. Yusof Yacob Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah yang juga Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan) menuduh ADUN Kuala Penyu, Datuk Limus Jury dan ADUN Sugut, Datuk James Ratib yang keluar parti UPKO hanya pentingkan diri kerana beliau sebagai pemilik syarikat tempatan Perwira Progresif Sdn. Bhd. yang mendapat kontrak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah berjumlah RM385 juta manakala Datuk James Ratib merupakan antara kontraktor yang mendapat manfaat daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Justeru, tindakan mereka adalah demi kepentingan diri masing-masing dan bukan untuk rakyat.

Tuduhan Dr Yusof itu dimuatkan dalam portal Borneo Today, Isnin.

Untuk rekod syarikat Datuk Limus Jury dan James Ratib memang pernah mendapat projek luar bandar sejak Shafie Apdal menjadi Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah (KKLW). Malah pelantikan projek RM385 juta sekarang pun diluluskan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Malah dari senarai yang didedahkan Warisan syarikat memperoleh tender Lebuh Raya Pan Borneo Sabah itu banyak juga kontraktor kroni Shafie Apdal memperolehi projek itu. 


Pelantikan pun zaman PH iaitu Joseph Yu Sinkong yang pernah ditahan SPRM kes rasuah RM1.5 B KKLW Shafie Apdal, Dato' Nik Nazif  pemilik Kontraktor Fokus Niaga/ Wilayah Kaya Sdn Bhd dan lain-lain lagi. 

Pada Oktober 2018 Kerajaan Warisan Sabah membatalkan pembabitan Syarikat Borneo Highway (BHP) PDP Sdn Bhd sebagai kordinator untuk pelaksanaan projek Pan Borneo dan projek diambil alih oleh Jabatan Kerja Raya di bawah Kementerian Infrastruktur Sabah atau dalam erti kata lain kendalian Peter Anthony sebagai menterinya. Pelantikan kontraktor dengan Restu Shafie Apdal dan Peter Anthony sejak disember 2019. Dalam erti kata lain sekalipun semua kontraktor [Rajah di atas] pernah mendapat projek di zaman Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri namun mereka berpaling tadah menyertai Shafie Apdal dan kerajaan semasa.

Joseph Yu Sinkong mendapat projek RM513 juta di bawah restu Kerajaan Warisan Sabah. Pernah ditahan
SPRM bersama Azis Jamman, Jamawi  adik beradik Shafie

Oleh kerana tuduhan melulu Dr Yusof Yacob, Datuk Limus Jury telah membuat kenyataan balas menjawab tuduhan itu.

LIMUS JAWAB TUDUHAN DR.YUSOF

Salam hormat semua.

  1. Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan media Datuk Dr.Yusof Yakob, Ketua Penerangan Multimedia & Pendidikan Parti Warisan Sabah (Warisan) pada kelmarin (15 Jun 2020) dan laporan portal pro Warisan "BorneoToday" bertajuk "KONTRAK RATUSAN JUTA PUNCA LIMUS, JAMES TINGGALKAN UPKO", berikutan keputusan saya bersama ADUN Sugut, Datuk James Ratib meninggalkan UPKO untuk menjadi ADUN Bebas yang menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), peneraju Kerajaan Persekutuan.

  2. Antara lain Dr.Yusof menyatakan bahawa; "Saya mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat-Perwira Progresif Sdn Bhd yang mendapat kontrak pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo Sabah berjumlah RM385 juta dan tindakan meninggalkan UPKO adalah demi kepentingan diri dan bukan untuk rakyat".

  3. Saya tidak menafikan mempunyai kaitan dengan Perwira Progresif, syarikat yang saya asas dan usahakan sebelum dipilih menjadi Wakil Rakyat (ADUN Kuala Penyu). Ia adalah syarikat Bumiputera milik KDM (KadazanDusunMurut) yang "qualified", mempunyai rekod dan kemampuan melaksanakan projek-projek yang diamanahkan dengan jayanya.

  4. Berdasarkan fakta itu, Perwira Progresif bersama puluhan syarikat lain bukan milik Bumiputera KDM telah menyertai tender Projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah dan telah diberi kepercayaan sebagai pelaksana salah satu daripada pakej iaitu Menaik Taraf Jalan dari Inanam ke Sepanggar.

  5. Perwira Progresif BUKAN syarikat "ALI BABA" yang sub projek kepada kontraktor lain. Ia adalah sebuah syarikat Bumiputera milik KDM yang qualified untuk melaksanakan projek tersebut dan juga projek-projek lain menerusi proses tender yang ketat. Justeru tuduhan Dr.Yusof bahawa kerana kontrak ratusan juta menjadi punca saya tinggalkan UPKO adalah TIDAK BERASAS dan PREJUDIS.

  6. Saya juga ingin bertanya kepada Dr.Yusof, adakah pemimpin Warisan termasuk Menteri-Menteri tidak melobi projek? Kerana ada diantara mereka telah menemui saya untuk berbincang soal projek.

  7. Saya dan Datuk James meninggalkan UPKO kerana telah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam perjuangan dan hala tuju, selain kerana Kerajaan Negeri Sabah termasuk UPKO tidak sehaluan dengan Kerajaan Persekutuan dan masih menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad. Justeru langkah terbaik yang perlu kami buat adalah meninggalkan UPKO demi kebaikan dan kemajuan rakyat dari kawasan kami.

  8. Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau merupakan pemimpin yang hipokrit dan pentingkan diri sendiri. Beliau hanya sibuk mengangkat kaki Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal sehingga tidak mempedulikan ADUN-ADUN UPKO dan pemimpin parti yang lain. Sebaliknya Madius hanya mengutamakan "konco-konconya" sahaja.

  9. Umum mengetahui bahawa sebagai salah seorang pemimpin kanan UPKO dan ADUN, selama ini saya tidak pernah diberi sebarang jawatan lantikan politik dalam kerajaan atau pun GLC milik kerajaan. Sebaliknya mejoriti jawatan-jawatan tersebut telah DIBOLOT oleh pemimpin Warisan.

  10. Perlu ditegaskan di sini, Kami BUKAN MELOMPAT, tetapi hanya keluar dari UPKO dan melepaskan semua jawatan dalam parti untuk menjadi ADUN bebas. Kami juga tidak menyertai mana-mana parti politik yang ada setakat ini. Justeru, dakwaan melompat parti adalah tidak berbangkit.

  11. Kami menyokong Kerajaan PN dibawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana yakin dan percaya PN boleh membawa perubahan kepada lanskap di dalam negara dan Sabah khususnya.


DATUK LIMUS JURY
ADUN Kuala Penyu

16 Jun 2020.

16 Comments