Peter Goyang! Terbukti syarikat milik Peter, Michael Ubu bersubahat curi wang rakyat RISDA
10:06 Jun 18, 2020  |  By SabahKini2
Peter Goyang! Terbukti syarikat milik Peter, Michael Ubu bersubahat curi wang rakyat RISDA

Sejak Kes Peter dibuka, beliau menuduh ini fitnah semata. Namun dulu peguam lari kini ditangkap. Bukti pula menunjukkan Syarikat Peter, Michael Ubu dan proksi curi wang RISDA itu. Pertuduhan sangat jelas. Mana mahu lari..

10 Jun lalu di perkarangan pejabat sebelum dihadapkan di mahkamah atas pertuduhan pengubahan wang haram (AMLA) Peter bukan main bongkak lagi.Apa katanya?

“Ini kes lama sekitar 2013-2014, ianya tidak melibatkan Kementerian dan Kerajaan Sabah .. orang Sabah tahu bahawa kes ini sudahpun selesai,” katanya..

Peter mendakwa tindakan terhadapnya bermotif politik oleh kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional (PN).

“Kita sudah jangka ini adalah politik, mereka cuba lemahkan semangat kita di negeri Sabah. Tetapi saya percaya orang Sabah bukan bodoh.

“Tetapi ini tidak akan melunturkan semangat kita di Sabah … saya pernah kena reman 14 hari tapi tidak ada apa-apa. Yang penting kita tidak buat salah,” katanya.

Namun 15 Jun lalu Peter melarikan diri dari didakwa dengan pelbagai alasan melawat pensiangan dan bermacam-macam lagi. Hari ini Peter hadir lagi dengan pertuduhan baru pecah amanah.

11 Jun lalu Peter didakwa dengan 5 pertuduhan melibatkan RM8.75 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter Naib Presiden Warisan 'Pencuri Wang RISDA' hadapi 5 pertuduhan RM8.75 juta ]

Pertuduhan Seksyen 4(1) (a)

Dua pertuduhan Seksyen 4(1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001

PERTAMA: 25 Julai 2014 - Peter didakwa melakukan kesalahan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi melibatkan hasil daripada sesuatu aktiviti haram dengan mengarahkan individu tertentu memindahkan wang RM1.75 juta daripada akaun bank milik syarikat Budiman Juta Sdn Bhd ke akaun bank syarikat Wondrous Enterprise Sdn Bhd di Malayan Banking Berhad, Lot 6 & 7, Jalan Perpaduan, Kampung Air. Kota Kinabalu

KEDUA: 4 Ogos 2014 - Peter didakwa menerima wang berjumlah RM2 juta iaitu hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun milik Asli Jati Engineering Sdn Bhd iaitu syarikat milik beliau di Malayan Banking Berhad, Lot 6 & 7, Jalan Perpaduan, Kampung Air. Kota Kinabalu

Hukuman

Hukuman jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebih lima tahun atau kedua-duanya.

Pertuduhan Seksyen 4 (1) (b)

Tiga pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

KETIGA & KEEMPAT: 5 September 2014 - 7 Disember 2015 : Peter didakwa menerima wang sebanyak RM900,000 yang merupakan hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd yang dimasukkan ke akaun milik syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd di Malayan Banking Berhad, Lot 6 & 7, Jalan Perpaduan, Kampung Air. Kota Kinabalu

KELIMA: 20 November 2015 - 18 Januari 2016- Peter dituduh menerima wang tunai RM4.1 juta, hasil daripada aktiviti haram daripada syarikat Budiman Juta Sdn Bhd di Malayan Banking Berhad, Lot 6 & 7, Jalan Perpaduan, Kampung Air. Kota Kinabalu

Hukuman:

Ketiga-tiga pertuduhan itu jika sabit kesalahan boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan itu dilakukan atau RM5 juta yang mana lebih tinggi.

Kenapa Datuk Peter Goyang? 

Ini kerana segala dokumentasi dan bukti pencurian Datuk Peter ini adalah sangat jelas. Peter dalam kes ini amat sukar untuk melarikan diri. Kerana firma guaman Michael P Ubu, syarikat Budiman Juta Sdn Bdn dan juga Asli Jati Engineering Sdn Bhd sangat berkait dengan Datuk Peter Anthony malah syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd miliknya sendiri.

Ini bermakna kenyataan Datuk Peter kes 2013 dan 2014 sebagai telah selesai adalah satu pembohongan. Transaksi akaun ‘money trail’ salahlaku pengubahan wang haram tidak pernah luput ia adalah bukti yang sangat kukuh mendakwa Peter Anthony termasuk peguam Michael P Ubu kes pecah amanah RM19.5 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN- Peter didakwa: Curi Wang RISDA RM15.5 juta, jual tanah rakyat mengapa salahkan PN, UMNO PAS?

 
Mari kita peringatkan Peter sekali lagi bukti penyelewengan dan pencurian mereka
Firma Tetuan Michael P Ubu dan Budiman Juta Sdn Bhd

Firma Michael Ubu & co mempunyai alamat yang sama dengan syarikat proksi Peter, Budiman Juta Sdn Bhd. Syarikat Budiman Juta semua tahu atas nama Safineh Doto pekerja Datuk Peter


Duit dicuri dimasukkan ke dalam akaun Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd- Milik Peter Anthony

Penama dan pemegang syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd adalah DATUK PETER ANTHONY

Pertuduhan  Michael P Ubu

Manakala Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa peguam, Michael Persius Ubu atas tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan pengubahan wang haram bernilai RM19,505,400.

[ARTIKEL BERKAITAN- Michael Ubu didakwa pecah amanah, AMLA libatkan wang RM19.5 Juta ]

 

Kepada rakyat Sabah, Datuk Peter Anthony dan Michael P Ubu bukan difitnah. Mereka merupakan pencuri wang RISDA, wang rakyat yang berusaha mahu menjual tanah NCR rakyat. 

 
Peter bukan hero rakyat tetapi pencuri wang rakyat- Duit masuk ke dalam akaun syarikat mereka
berjuta lepas tu tuduh kerajaan fitnah

 

23 Comments