Ketua Wirawati Warisan Sepanggar bersama 600 Ahli keluar parti
07:06 Jun 22, 2020  |  By SabahKini2
Ketua Wirawati Warisan Sepanggar bersama 600 Ahli keluar parti

Turut keluar parti adalah Naib Ketua Wirawati Sepanggar, Fiuanah Sarama; Setiausaha Wirawati Sepanggar, Fazilah Rosli; Bendahari Wirawati Sepanggar, Satra Nur Izman dan Ketua Penerangan Wirawati Sepanggar, Berlinda Ibrahim.

KOTA KINABALU: Seramai 600 orang ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) bahagian Sepanggar mengumumkan keluar parti.

Ketua Wirawati WARISAN Sepanggar, Raisa Abd Ghaffur, yang mengetuai kumpulan terbabit berkata, mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap pimpinan bahagian.

"Pengorbanan kami sangat besar sebagai jentera utama yang turun padang berjumpa rakyat meraih undi untuk kemenangan WARISAN.

"Pemimpin perlu ingat bahawa mereka dipilih oleh rakyat," katanya pada sidang media di sini, hari ini,

Beliau mendakwa, keputusan keluar parti beramai-ramai itu menyebabkan sembilan daripada 81 cawangan di bahagian berkenaan ditutup.

Raisa berkata, mereka akan terus mendekati rakyat sebagai pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Antara yang turut keluar parti adalah Naib Ketua Wirawati Sepanggar, Fiuanah Sarama; Setiausaha Wirawati Sepanggar, Fazilah Rosli; Bendahari Wirawati Sepanggar, Satra Nur Izman dan Ketua Penerangan Wirawati Sepanggar, Berlinda Ibrahim.


Azis dilaporkan ditahan Hospital sejak semalam..

 

6 Comments