Disiasat SPRM, Datuk Bandar KL sepatutnya ditamatkan kontrak!
21:06 Jun 22, 2020  |  By SabahKini2
Disiasat SPRM, Datuk Bandar KL sepatutnya ditamatkan kontrak!

Sebulan berlalu selepas pendedahan kes rasuah Datuk Bandar KL dan SPRM mengesahkan kes itu sepatutnya Datuk Bandar KL berundur ataupun ditamatkan kontrak. Jika tidak makin banyak kerosakan menjejaskan DBKL & Kementerian Wilayah

Sejak sebulan lalu dilaporkan oleh portal Suara.tv mengenai salahlaku rasuah Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan yang disifatkan sebagai menyalahgunakan kuasa apabila melantik syarikat Jitu Harta Sdn Bhd tidak punya kelayakan memenangi tender.

Sudah tentu bukan calang-calang syarikat jika gagal dalam penilaian tetapi mampu mendapat tender melainkan jika syarikat itu mempunyai 'orang dalam' berkuasa seperti Datuk Bandar atau membeli pasukan teknikal DBKL.

[BACA- ‘Datuk Bandar KL, Pelacur Kuasa’ ]

Sekalipun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan menerima laporan salahlaku Datuk Bandar Kuala Lumpur bernilai RM1.1 juta itu nampaknya tanda-tanda tindakan diambil terhadap Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan belum dilakukan.

[BACA- SPRM Terima Laporan Terhadap Datuk Bandar Kuala Lumpur ]

Aduan di laman sosial oleh netizen

Laporan portal itu menyebut aduan yang didedahkan dalam laman sosial facebook oleh Khairul Amri Hamidi dan aktivis politik, Mohd Rafi Awang Kechik. 

“Apa Datuk Bandar Kuala Lumpur nak jawab ni? Mengapa dia pilih syarikat yang tidak masuk pun dalam senarai short listed untuk menang Tender.

“Kenapa syarikat ini yang dia pilih? Apa hubungan Datuk Bandar KL dengan syarikat ini? Dia juga dituduh telah postpone Tender Board Meeting sebanyak 3 kali untuk adjust diberikan kepada syarikat tertentu.

“Dia dituduh sebagai pelacur kuasa dan amanah dan betullah tuduhan ini kalau begini gaya DB KL,” jelasnya pula.

Rafi turut mendakwa sikap ‘pilih kasih’ Noor Hisyam yang juga merupakan bekas Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya itu telah menyebabkan ramai kontraktor bumiputera merungut.

 

 

Datuk Bandar lantikan PH

Dengan kecemerlangan gerak kerja Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa sekarang selain pembersihan kepimpinan DBKL maka sepatutnya Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan ini sudah ditukar atau ditamatkan kontrak. 

Nor Hisham, 64 yang telah bersara pada tahun 2018  sebagai Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya dilantik Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke-12 oleh Khalid Samad  sepatutnya tiada masalah untuk ditamatkan oleh Menteri Wilayah baharu. 

Datuk Bandar KL adalah' duri dalam daging' yang akan merosakkan pencapaian Annuar Musa. 

Pendedahan salah laku rasuah Nor Hisham sebenarnya sudah cukup untuk menyingkirkan Datuk Bandar ini untuk digantikan dengan Datuk Bandar baharu. 

Apakah status kes rasuah Datuk Bandar ini? SPRM wajar memaklumkan semula status kes ini tindakan yang diambil sejak dilapor sebulan lalu. 

Sindiket 'Broker Development Order’

Mei lalu kecoh media melaporkan bekas Setiausaha Politik Menteri Wilayah Persekutuan Hj Azli Yusof telah ditahan polis atas dakwaan rasuah dan penipuan dengan penemuan sejumlah wang dirumahnya.

Terbukti! Setiausaha Politik Khalid Broker skandal 'DO' DBKL  ditahan tipu dan 'pau' syarikatKecoh Bekas SUPOL Khalid Samad 'Kaki Pau'

Penipuan DO membuktikan sindiket menguntungkan itu wujud. Sebelum ini terdapat banyak dakwaan bagi DO tertentu permohonan lesen perniagaan Kelab malam, restoran, hotel dan projek tertentu diuruskan oleh pegawai DBKL dengan bayaran lumayan. Malah ada kes tertentu seperti tanah milik DBKL diberi DO kepada syarikat tertentu untuk membangunkan tanah walaupun bukan milik syarikat. 

Kebenaran Merancang (DO) adalah sangat penting sebelum memulakan projek di kawasan DBKL atau mendapat permit lesen perniagaan. Semakin besar projek semakin mahal bayarannya. Pengurusannya adalah dari fail dimasukkan dalam senarai agenda Mesyuarat Kebenaran Merancang (OSC DBKL) hinggalah kawtim kelulusan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat. Arkitek-artikek rapat DBKL juga akan membantu DO ini agar mudah diluluskan. 

Tidak menghairankan jika Hj Azli Setiausaha Politik Khalid Samad terlibat memandangkan Khalid Samad melantik beliau sebagai Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya untuk bersekongkol dengan Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan Datuk Bandar KL paling korup!

[ARTIKEL BERKAITAN- Terbukti! Setiausaha Politik Khalid Broker skandal 'DO' DBKL ditahan tipu dan 'pau' syarikat ]

 

Oleh itu buanglah Datuk Bandar KL ini. Makin dibiar lama makin banyak kerosakan dalam DBKL yang menyebabkan kemarahan rakyat kepada Kerajaan Perikatan Nasional.  Imej Tan Sri Annuar yang sekarang mendekati rakyat seperti pemberian lesen penjaja, pembersihan Pasar Borong, membantu gelandangan mendapat pekerjaan, pemberian rumah rakyat dan pelbagai lagi perlu diteruskan. Annuar Musa memerlukan Datuk Bandar baharu yang boleh menolongnya memajukan Wilayah Persekutuan.

 

1 Comment