Terlajak tipu cukai jalan Rolls Royce Ghost milik Aliff Syukri disita JPJ
03:01 Jan 01, 2018  |  By SabahKini2
Terlajak tipu cukai jalan Rolls Royce Ghost milik Aliff Syukri disita JPJ

Jika di Semenanjung, LKM kenderaan itu jumlah cukainya lebih RM20,000, namun cukai LKM untuk kenderaan terbabit di Sarawak hanya RM5,873

KUALA LUMPUR: Kereta mewah jenis Rolls Royce Ghost milik pengasas D'Herbs, terlajak laris Datuk Aliff Syukri disita dalam Ops Patuh oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur di Jalan Bangsar, di sini tadi.

Kereta terbabit yang dipandu seorang warga Australia disita selepas pemeriksaan mendapati lelaki terbabit tidak mempunyai lesen memandu sah di negara ini.

Selain itu, dia dan seorang lagi rakan senegaranya yang turut berada dalam kenderaan itu tidak mempunyai dokumen perjalanan sah.

Pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati kenderaan itu menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan Sarawak sedangkan kenderaan terbabit digunakan di Semenanjung.

Difahamkan, kereta mewah dianggarkan berharga lebih RM1 juta itu disewa oleh dua warga asing terbabit dari sebuah agensi kereta sewa mewah milik Aliff.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman, berkata kesalahan ini dikategorikan sebagai penipuan lokasi pengisytiharan penggunaan LKM dan ia melanggar Seksyen 23 Akta Pengangkutan Jalan 1987 malah nombor plat kenderaan PMD1 miliknya tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

"Hasil pemeriksaan lanjut mendapati, cukai jalan kenderaan itu didaftarkan di Sarawak 

"Jika di Semenanjung, LKM kenderaan itu jumlah cukainya lebih RM20,000, namun cukai LKM untuk kenderaan terbabit di Sarawak hanya RM5,873.

"Kita terpaksa sita kenderaan ini sehingga pemiliknya membayar jumlah baki harga cukai LKM yang sepatutnya," katanya kepada pemberita di sini, tadi bersama Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Ismail Mohd Zawawi.

Sebelum ini netizen mengkritik kesombongan Aliff Syukri dalam media sosial apabila sering menunjuk-nunjuk kekayaannya, merungut kenderaan mewahnya malah menghina para orang gajinya seperti anjing.

Netizen berkata semua ini balasan kepada Datuk Aliff Syukri dan doa orang-orang yang ditindasnya. Menunjuk kaya tapi menipu cukai jalan.

LHDN wajar menyemak pendapatan Aliff Syukri ini kalau-kalau dia turut menipu pendapatannya. Jika JPJ boleh ditipu mungkin tidak mustahil LHDN

 

3 Comments