[VIDEO] Shafie Apdal PM PH: Strategi Dr Mahathir tekan Anwar, selamatkan YB Warisan lompat parti
08:06 Jun 27, 2020  |  By SabahKini2
[VIDEO] Shafie Apdal PM PH: Strategi Dr Mahathir tekan Anwar, selamatkan YB Warisan lompat parti

Cadangan Dr Mahathir ini sebagai strategi menekan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengukuhkan Mukhriz & dalam masa sama percubaan untuk menyelamatkan parti Warisan dari tekanan ‘lompat’ parti di Sabah.

 

Kegagalan Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim memecah kebuntuan menetapkan siapa PM ke 8 akhirnya mencetuskan perbalahan Pakatan Harapan. PKR kekal tidak bersetuju Dr Mahathir sebagai PM dan hanya mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai PM.

Sebelum ini Tun Dr Mahathir berkata jika Anwar dan PKR tidak berminat beliau akan mencari cara lain untuk menjadi PM dengan sokongan Amanah dan DAP.

Terbaru semalam sebuah video tular di media sosial menunjukkan Tun Dr Mahathir membuat kaedah baru mencalonkan Mohd. Shafie Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai Perdana Menteri bagi menyelesaikan kemelut politik negara.

Dr. Mahathir di dalam video tersebut menyatakan beliau bersama beberapa bekas pemimpin Bersatu, Amanah dan DAP telah bersetuju agar Mohd. Shafie dicalonkan.

“Adalah kumpulan yang  terdiri daripada wakil, Warisan, wakil dari Bersatu wakil daripada Amanah wakil daripada  DAP pun ada, kita empat parti ini bersetuju, jadi ini persetujuaan saya juga.

“Jadi saya harap, sokongan kepada saya ini dibuat melalui sokongan pasal saya yang namakan dia, bukanlah saya seorang, yang lain pun bagi nama yang sama, jadi saya harap akar umbi akan terima pencalonan ini.

“Fikirkan, kalau saya tak ada. Ada orang lain. takkan saya nak ada selama-lamanya, jadi adalah lebih baik kita pindah supaya kita boleh tentukan orang yang ambil alih ini meneruskan perjuangan kita, itulah harapan kita sebab itu saya nak supaya kita sokong Shafie Apdal, kerana dia dan saya sependapat,” kata Dr. Mahathir.

Cadangan Dr Mahathir ini sebagai strategi menekan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengukuhkan Mukhriz dan dalam masa sama percubaan untuk menyelamatkan parti Warisan dari tekanan ‘lompat’ parti di Sabah.

‘Ia strategi syok sendiri, bukan soal memecahkan tradisi semua Perdana Menteri sebelum ini semuanya berasal dari Semenanjung.

Ia hanya meletakkan Shafie Apdal sebagai orang yang boleh menjaga kedudukan anaknya Mukhriz Mahathir sebagai TPM kerana ia merupakan permintaan Tun Dr Mahathir sebelum ini dengan Anwar Ibrahim”. Kata sumber

Sebelum ini Shafie menjadi kuda kepada Dr Mahathir untuk mencadangkan Undi tidak percaya kepada Tan Sri Muhyiddin dan mahukan Tun Dr Mahathir sebagai PM. Ia strategi yang diatur awal oleh Dr Mahathir.

[ARTIKEL BERKAITAN- Cubaan PH malukan Agong gagal, Speaker tolak usul Shafie Apdal jatuhkan Muhyiddin PM ]

Cubaan PH malukan Agong gagal, Speaker tolak usul Shafie Apdal jatuhkan Muhyiddin PM

Sejak 30 tahun Mohd. Shafie dalam kabinet persekutuan malah kini menjadi Ketua Menteri beliau masih gagal dalam mendapatkan kembali hak-hak Sabah dan Sarawak yang dituntut dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63

Tiada pemimpin Sarawak yang bersetuju meletakkan Shafie sebagai Perdana Menteri. Dengan kes-kes SPRM sebelum ini, orang kanannya yang Datuk Peter dituduh di mahkamah mempunyai kaitan dengannya amat sukar pemimpin di Semenanjung dan Sarawak menyokongnya.

Cadangan Tun Dr Mahathir hanya membuktikan bahawa semua ini usahanya untuk menyelamatkan Mukhriz Mahathir dan sebenarnya Shafie sebagai Perdana Menteri hanyalah satu sindiran.

“Apa dah gila kah Shafie Apdal Perdana Menteri, negara akan hancur lebur, perebutan Anwar dan Dr Mahathir membawa kepada cadangan lebih lawak daripada biasa. Ini semua alasan Dr Mahathir mengelak Anwar jadi PM’ kata seorang penganalisis.

 

 

 

 

24 Comments