Madius Tangau hanya mampu ‘bergambar’ tunjuk gagal atasi banjir sejak jadi MP, TKM Sabah
10:06 Jun 29, 2020  |  By SabahKini2
Madius Tangau hanya mampu ‘bergambar’ tunjuk gagal atasi banjir sejak jadi MP, TKM Sabah

Tangau MP Tuaran sejak 2004 hingga 2018 dan dilantik lagi TKM Sabah. Tetap gagal atasi banjir. Ada kuasa pun gagal bantu rakyat. Lepas tu datang pura-pura selesaikan masalah parit punca banjir..

Sistem perparitan di beberapa kawasan perkampungan di sini akan dinaik taraf sebagai langkah memastikan aliran air lebih teratur seterusnya mengelakkan masalah banjir, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau berkata sistem perparitan didapati tidak teratur dan menyekat aliran air menyebabkan rumah penduduk terutama di kawasan rendah mudah dinaiki air.

MP Gagal. Mana peruntukan sejak berpuluh tahun jadi MP?

”Banjir di Tuaran dan Tamparuli semalam luar biasa, selain Penampang dan Kota Belud. Terdapat kira-kira 227 rumah di kawasan rendah di Tuaran dan Tamparuli dinaiki air.

"Justeru, dengan menaik taraf sistem perparitan di kawasan ini mampu membantu penduduk daripada banjir kilat terutama setiap kali hujan lebat," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Kampung Sungai Damit dan Kauluan di sini, hari ini.

Madius yang juga Ahli Parlimen Tuaran 3 penggal dari zaman BN hinggalah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah melalui lompat parti 11 Mei 2018 di zaman Warisan PH UPKO secara tidak langsung mengaku kegagalannya menangani masalah banjir di Tuaran.


Tangau MP Tuaran sejak 2004 hingga 2018 dan dilantik lagi TKM Sabah. Tetap gagal atasi banjir. Ada kuasa pun gagal bantu rakyat
lepas tu datang melawat banjir melihat kegagalannya. 

23 bulan yang lalu walaupun berkuasa sebagai Timbalan Ketua Menteri nampaknya masih gagal menyelesaikan isu banjir sekian lama di Tuaran.

Madius Tangau setakat ini hanya mampu menasihatkan penduduk daerah itu terutama di kawasan mudah dilanda banjir sentiasa menjaga keselamatan termasuk memastikan anak-anak mereka tidak dibiarkan bermain di kawasan takungan air dan tebing sungai.

Madius seperti biasa hanya akan teris mampu berbincang, dan menabur janji menyelesaikan masalah itu. Tahun depan jika banjir lagi maka beliau akan berjanji lagi sambal mengambil gambar sebagai lakonan politik di kawasan banjir.

Madius hanya akan mampu mengatakan peruntukan akan turun tetapi sebenarnya sehingga 3 tahun lagi masalah banjir itu tidak akan selesai.

 

16 Comments