Giliran SICC Yayasan Sabah potong 50% gaji, bakal buang pekerja?
07:07 Jul 01, 2020  |  By SabahKini2
Giliran SICC Yayasan Sabah potong 50% gaji, bakal buang pekerja?

Satu persatu anak syarikat GLC Sabah makin parah. Terbaru SICC Yayasan Sabah diketuai Datuk Hajah Rosmawati Hj Lasuri bertindak memotong sehingga 50% gaji staf. Seperti juga UCSF mungkin dibuang kerja. Yayasan Sabah sudah tiada wang dibawah Warisan?

Nampaknya CEO anak-anak syarikat Kumpulan Yayasan Sabah tidak mengikuti arahan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Apdal April lalu memastikan gaji kakitangan GLC dibayar dan tidak dipotong meskipun perniagaan mereka terjejas berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) COVID-19.

Selepas beberapa anak syarikat Yayasan Sabah seperti University College Sabah Foundation (UCSF), Kolej Teknikal Yayasan Sabah KTYS, Inno Travel & Tours Sdn Bhd, Borneo Eco Tours BET dan Innoprise Jungle Lodge IJL memotong gaji 50 peratus dan bakal menghentikan pekerja kini Sabah International Convention Centre (SICC) dan syarikat D'Heritage Sdn Bhd diketuai Datuk Hajah Rosmawati Hj Lasuri mengambil tindakan yang sama berkuatkuasa julai.

Arahan pemotongan gaji ini adalah sebagaimana arahan Jamalulkiram Pengarah Yayasan Sabah dalam mesyuarat lembaga pengarah pada 4 Jun 2020 baru-baru ini.

[ARTIKEL BERKAITAN- Shafie 'capati' janji, Yayasan Sabah potong gaji pekerja sehingga 50 % mulai Julai 2020? ]

Dengan situasi Kumpulan Yayasan Sabah sekarang adakah ini juga akan merebak kepada kira-kira 221 GLC di Sabah yang menggajikan puluhan ribu pekerja dalam sektor seperti pembangunan hartanah, ladang hingga kuari dan sektor lain.

Yayasan Sabah dan SICC

Netizen sebelum ini mempersoalkan sejak sejak Julai 2018 ramai saudara mara, kroni dan kawan-kawan Jamalulkiram dan Shafie Apdal diambil bekerja di Yayasan Sabah tanpa temuduga dan menduduki jawatan kanan dengan gaji lumayan.

Apakah mereka ini juga akan melalui potongan gaji 10 peratus hingga 50 peratus atau juga bakal diberhentikan.

Sabahkini2 pernah mendedahkan perkara oktober tahun lalu tentang Kronisme dan Nepotisme yang membarah dalam Yayasan Sabah. 80 peratus pelantikan pegawai atau staf baru tidak melalui temuduga.

Lantik keluarga, kroni, kawan-kawan tanpa temuduga tak apa. 

Ahli Lembaga Pengarah ICBS yang juga CEO SICC Datuk Hajah Rosmawati Hj Lasuri dengan kroni serta keluarganya. Jamalulkiram pula suku-sakatnya termasuk adiknya Zulkifli Datuk Zakaria dilantik sebagai Pengurus Kanan OSH, SICC dan ramai lagi.

[BACA ARTIKEL- Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram ]

 Mengejutkan! Yayasan Sabah dikuasai keluarga suku sakat Shafie Apdal, Jamalul Kiram
Keluarga Shafie Apdal dan Jamalulkiram dalam Yayasan Sabah bertaburan di dalam 

Bertuah anak-anak Zakaria. Kebetulan pandai. Zulkifli Datuk Zakaria dalam satu lawatan
Projek SICC bersama Ketua Menteri

 

 

 

7 Comments