Terkini! Shafie mengaku arah Borneo Samudera tarik kes selamatkan Christina bayar RM557 juta
11:07 Jul 04, 2020  |  By SabahKini2
Terkini! Shafie mengaku arah Borneo Samudera tarik kes selamatkan Christina bayar RM557 juta

SPRM perlu tahan Christina Liew kerana salah guna kuasa. Ini bukti kes depan mata. Christina yang dulu sepatutnya bayar saman RM557 juta hari ini diselamatkan selepas Borneo Samudera diarah tarik balik kes. Kerana dia TKM maka dia bebas?

SANDAKAN: Shafie Apdal akhirnya membuat pengakuan menyelamatkan Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew daripada saman RM557 juta yang sepatutnya diputuskan Mahkamah Tinggi 16 jun lalu.

Februari lalu Timbalan Ketua Menteri dan Siti Rahfizah Mihaldin tidak dibenarkan mengemukakan bukti baru dalam permohonan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan mereka membayar ganti rugi sejumlah RM557.6 juta.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes saman RM557.6j: Mahkamah tidak benarkan Christina Liew TKM Sabah, kemuka bukti baru ]

Walaubagaimanapun Christina Liew yang kini Timbalan Ketua Menteri menggunakan kedudukannya meminta Ketua Menteri Sabah berunding menarik balik kes mahkamah itu. Susulan kepentingan kes itu SPRM mengesahkan menyiasat unsur rasuah dan salahguna kuasa terhadap Borneo Samudera milik Kerajaan Negeri yang di Pengerusikan oleh Shafie Apdal.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM siasat Timbalan Ketua Menteri, Borneo Samudera ‘kawtim’ kes saman RM557.7 juta rampas tanah rakyat ]

Turut mempersoalkan ialah Datuk Yong Teck Lee bekas Ketua Menteri menyelar Kerajaan Warisan campurtangan kes itu. Jelas sebagai salahlaku guna kuasa.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kes saman RM557 juta: Yong persoal campurtangan Shafie tangguh kes selamatkan Christina ]

Kes saman RM557 juta: Yong persoal campurtangan Shafie tangguh kes selamatkan Christina

Najib dalam hantaran facebooknya baru-baru ini turut memperincikan kes ini bagaimana campurtangan kes ini melibatkan salah guna kuasa Timbalan Ketua Menteri dan Ketua Menteri. Borneo Samudera di Pengerusikan oleh Shafie Apdal sebagai Ahli Lembaga Pengarah syarikat mengambil keputusan tidak berminat untuk terima duit ganti-rugi RM557 juta daripada Christina.

[ARTIKEL BERKAITAN- Najib persoal Shafie Pengerusi GLC seperti tidak mahu terima ganti rugi RM558 juta dibayar Christina ]

Cara Shafie selamatkan Christina Liew

Bagi menarik kes itu dari menyebabkan Christina perlu membawa RM557 juta, hari ini Shafie Apdal mengumumkan hasil perundingan dengan Borneo Samudera iaitu 2,000 peserta Ladang Bagahak, Lahad Datu akan mendapat kembali kembali tanah mereka yang dituntut daripada Sawit Kinabalu sejak 12  tahun lalu.

Sawit Kinabalu yang di Pengerusikannya pula akan diberikan pampasan tanah lain berkeluasan 18,000 hektar untuk dibangunkan bagi memastikan agensi kerajaan itu dapat terus menjana pendapatan.

Mohd. Shafie berkata kes saman RM557 juta ini tidak perlu dipanjangkan mahkamah kerana akan melambatkan lagi proses penyerahan hak tanah.

Paling penting katanya, masalah tuntutan tanah itu dapat diselesaikan namun tidak menyatakan penyelesaian itu sebagai usaha menyelamatkan Timbalan Ketua Menteri Christina Liew.

“Apa yang penting kita tahu masalah itu kita selesaikan, bukan hanya tahu masalah tetapi tiada penyelesaian, masalahnya yang tuntut tanah ini mereka punya dan kita serahkan kepada mereka dan yang ini kita buat manakala ada syarikat itu kita uruskan lain mereka telah belanjakan duit hampir RM5 juta yang itu kita ketepikan dulu kita akan selesaikan.

Shafie Apdal menggunakan alasan rakyat wal hal kesalahan yang jelas ialah Christina Liew sepatutnya membayar RM557 juta saman itu.

Dengan pengakuan Shafie Apdal ini SPRM sepatutnya menahan Christina Liew kerana secara terang-terangan menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Ketua Menteri. Sekalipun kes saman itu ditarik elemen rasuah dan salahgunakuasa telah jelas berlaku.

SPRM perlu segera mengheret Christina dan CEO Borneo Samudera Sdn Bhd.

 

 

23 Comments