Kita pertahankan demi generasi kita yang akan datang- Musa Aman
05:01 Jan 01, 2018  |  By SabahKini2
Kita pertahankan demi generasi kita yang akan datang- Musa Aman

Saya rasa inilah khazanah kita yang harus kita warisi turun –temurun. Ini peninggalan saya ataupun nasihat saya kepada generasi yang akan datang ataupun kepada orang-orang muda. Jagalah negeri kita

'KOTA KINABALU: Dakwaan yang menyatakan bahawa kononnya pada tahun 2020 nanti, 75% kawasan hutan Sabah bakal musnah, hanya satu tuduhan liar yang berunsur spekulasi dan provokasi.

Hakikatnya Kerajaan negeri Sabah telah merizabkan sebanyak 52 peratus kawasan hutan simpan manakala Jabatan Perhutanan pula sedang giat membuat penanaman semula kawasan hutan yang menyaksikan ketika ini seluas 700,000 hektar tanah telah ditanam semula.

Ketika Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman mula mentadbir negeri pada 2003 hutan Sabah hanya 10 peratus atau 850,000 hektar. Hari ini keluasan hutan Sabah telah meningkat menjadi 1.8 juta hektar. Pertambahan yang melebihi dua kali ganda!.

Daripada sebuah negeri yang terkenal dengan ‘politik balak’ dan kadar kebergantungan tinggi kepada hasil balak sehingga mencecah 85 peratus dalam hasil negeri, hari ini pengurusan khazanah hutan di Sabah telah melalui proses transformasi yang amat membanggakan apabila kebergantungan itu telah jauh dikurangkan kepada hanya sekitar 13 peratus.

Hakikatnya, kaedah konservasi hutan yang diamalkan oleh kerajaan negeri Sabah bukan sahaja diiktiraf di dalam negara, malah juga di peringkat antarabangsa.
Pelbagai jenis anugerah telah diraih, pelbagai sijil tanda apresiasi sudah dimiliki.

Semua ini adalah hasil kegigihan kerajaan negeri pimpinan YAB Tan Sri DSP Musa Hj Aman (serta barisan anggota kabinetnya), yang tanpa jemu bekerja serta berusaha demi memastikan yang terbaik untuk rakyat Sabah khasnya, dan Malaysia amnya.

Siri Dokumentari The Rainforest Heroes of Sabah menampilkan wawancara khas eksklusif bersama YAB Tan Sri  Datuk Seri Panglima Haji Musa Hj Aman Ketua Menteri yang di petik dari dokumentari itu. Ikuti wawancara itu.
________________________

Selepas saya menjadi Ketua Menteri saya memperkenalkan dasar-dasar baru, kita membuat rang undang-undang. Kita menjadikan hutan daripada Kelas II ke Kelas I. Bila kita tukarkan ia ke Kelas I, menerusi Dewan Undangan Negeri ia tidak boleh disentuh, pokoknya tidak boleh ditebang, kita pelihara.

Jadi ini saya rasa penting supaya hutan ini berterusan, boleh dilihat dan dilawat bukan saja oleh orang-orang Sabah dan Malaysia tetapi juga dari luar negara.



Menurut Ketua Konservator Hutan Sabah, ia merupakan hutan terbaik di dunia.

Saya masih ingat sehingga hari ini, apabila lawatan YAB Perdana Menteri ketika itu, YABhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, lawatan ke Sandakan pada bulan Jun atau Julai 2007.

Saya berkata pada bulan Disember 2007 nanti, saya akan hentikan pembalakan di beberapa kawasan iaitu Hutan Simpan Malua, Hutan Simpan Ulu Kalumpang dan Hutan Simpan Segama yang hampir 250,000 hektar.

Saya nak hentikan pembalakan sebelum Disember 2007. Kenapa?

Saya telah diminta dan diberitahu oleh Pengarah Perhutanan (Konservator) Datuk Sam Mannan, bahawa kebanyakan tempat ini merupakan koridor haiwan. Jika kita terus membalak di kawasan ini, banyak orang utan di situ dengan populasi hampir 2000-3000 akan pupus sebab tiada hutan untuk didiami mereka.

Saya percaya Perdana Menteri mungkin tidak sangka dan tahu ramai orang berdekatan ada yang senyum dan ketawa. Mereka fikir saya cuma bermain atau  mungkin untuk menarik hati bos.

Tapi Alhamdulillah, sampai Disember 2007 pembalakan di kawasan itu semua dihentikan.

Jadi itu terus menjadi ingatan saya, Janji ditepati, kata dikotakan

Saya hanya berharap dengan adanya sumbangan saya sekecil ini dapat memberi kebaikan dan kesejahteraan kepada rakyat Sabah dan rakyat Malaysia pada keseluruhannya. Itu saja yang saya harapkan,tidak lebih dari itu.

Apa yang kita lakukan pada hari ini adalah untuk generasi kita yang akan datang

Saya rasa inilah khazanah kita yang harus kita warisi turun –temurun.

Ini peninggalan saya ataupun nasihat saya kepada generasi yang akan datang ataupun kepada orang-orang muda

Jagalah negeri kita. Ini adalah untuk anda dan generasi yang akan datang.

24 Comments