Lebih berkuasa dari SUK Pahang, KPPSM: Hizamri Pengarah Gred 54 dilantik JUSA C 'sampahkan' PTD kanan
05:07 Jul 06, 2020  |  By SabahKini2
Lebih berkuasa dari SUK Pahang, KPPSM:  Hizamri Pengarah Gred 54 dilantik JUSA C 'sampahkan' PTD kanan

Bukan saja hebat rasuah tetapi terlebih pandai mengguna kuasa. Lapor SPRM kebal, dipindah beberapa kali termasuk naik pangkat tetap terus berkuasa. SUK Pahang dan KPPSM pun dia sampahkan. Selepas dibatal kini dapat kembali JUSA C!

Susulan pendedahan Sabahkini2 mengenai Pengarah Perhutanan Pahang (Pemelihara Hutan Gred 54) pada 3 Julai lalu hari ini dimaklumkan Menteri Tenaga Sumber Asli Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah memanggil Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia Dato’ Mohd Ridza Mahmood berhubung penjelasan kes Dato’ Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin Pengarah Perhutanan Pahang itu.

[ARTIKEL BERKAITAN- SPRM perlu siasat pegawai engkar arahan tukar, sanggup batal JUSA C, kekal Pengarah Gred 54 demi kemewahan! ]

SPRM perlu siasat pegawai engkar arahan tukar, sanggup batal JUSA C, kekal Pengarah Gred 54 demi kemewahan!
Sanggup dibatal! tetapi.....................

Sebenarnya siapa Menteri Tenaga dan Sumber Asli atau Ketua Pengarah Perhutanan tiada siapa mampu menyelesaikan kes Dato’ Dr Mohd Hizamri. Dr Xavier Jayakumar Menteri lama KATS juga dulu kusut menyelesaikan isu Hizamri.

Sekalipun berpuluh laporan NGO atau individu kepada SPRM Hizamri termasuk serbuan ke pejabatnya amat sukar diusik malah surat perpindahan pertukaran Hizamri beberapa kali tetap ‘disampahkan’ semua surat itu. Begitulah berkuasanya Hizamri.


Tiada gentar. Tidak kembali ke Ibu Pejabat sekalipun dilantik Pengarah Bahagian Latihan. 

Menjual nama, menjual kabel ‘besar’ adalah kata kekuatan Hizamri. Hizamri kini di Pahang lebih berkuasa daripada  Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Salehuddin Ishak. Tiada siapa boleh menafikan perseteruan antara  Salehuddin Ishak dan Hizamri di Pahang sekarang.

Dilaporkan semua jabatan  kerajaan di Pahang sudah menjadi seakan milik peribadi Hizamri Pengarah Pahang. Hizamri kini tidak perlu lagi merujuk Setiausaha Kerajaan Pahang kerana beliaulah seperti SUK sekarang.

Di Kementerian pula Hizamri membelakangkan Ketua Setiausaha Kementerian malah Ketua Pengarahnya sendiri. Sejak Ketua Pengarah Perhutanan yang lama hingga yang terbaharu Dato’ Mohd Ridza Awang tetap menjadi makanannya.


Daripada KP Perhutanan lama hingga baharu semua tumbang menghadapi isu Hizamri. Hizamri tidak mustahil akan menjadi

Ketua Pengarah Perhutanan melangkau semua seniornya.

Tidak mustahil Ketua Pengarah Dato’ Mohd Ridza ini bakal di ‘pool’ gara-gara Hizamri ini. Kita tunggu dan lihat 'game' seterusnya selepas Hizamri JUSA C.

Hizamri melapor diri Gred JUSA C pada 29 Aril 2020. Bagaimanapun dia tidak datang ke pejabat di Kuala Lumpur dan mahu terus kekal di Pahang. Hizamri dilaporkan menulis surat kepada Ketua Setiausaha Negara secara peribadi meminta kekal di Negeri Pahang tanpa melalui  Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Zurinah Pawanteh. Persoalan besar lain ialah apakah tindakannya seperti meluluskan segala lesen balak, permit atau apa saja berkaitan di Perhutanan Pahang itu sejak 29 April hinggalah sebelum 6 Julai 2020 adalah sah?

Jabatan Perkhidmatan Awam  bertarikh 22 Mei 2020 memaklumkan penangguhan pemangkuan Dato' Dr Hizamri Gred 54 ke Gred Utama JUSA C sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Hutan.

 


Apakah surat penangguhan Gred Utama JUSA C ini menakutkan Hizamri? ternyata sekali tidak. Kerana sejak penangguhan 14 Jun 2019 beliau masih tenang diposisi, meluluskan segala projek perhutanan di Pahang. (Apa beliau lakukan ketika penangguhan April 2020 hingga 6 Julai 2020 kita akan dedah kemudian). 

 
Tengah sedap: Boleh sign semua surat


 

Pengarah Perhutanan Pahang kini Gred Utama JUSA C

Dilaporkan SUK Pahang tidak mahu memberi sokongan kepada surat Hizamri untuk memangku Gred JUSA C. Bagaimanapun JPA baru -baru ini mengeluarkan surat kelulusan Gred JUSA C kepada Hizamri di Pahang. Sudah tentu ini sangat mencabar PTD senior seperti SUK Pahang. Dari ditangguhkan kini diluluskan siapa kabel besar Hizamri di JPA?

Apa perlu dan justifikasi Pengarah Perhutanan Pahang perlu Gred Utama JUSA C?

Hizamri sepatutnya pindah ke jawatan yang punya gred sepadan bukan kekal di Negeri Pahang. Jika tidak kerana habuan di Pahang untuk apa bertarung nasib kekal sebagai Pengarah Perhutanan Pahang yang hanya Gred 54?

Oleh itu SPRM wajar menyiasat kes unik dan pelik ini...Bagaimana Hizamri ini terlalu berkuasa di Negeri Pahang mengalahkan Setiausaha Kerajaan Negeri dan juga KSU, Ketua Pengarah Perhutanan. Bagi jabatan perhutanan situasi ini sangat memalukan Ketua Pengarah kerana dikira gagal mengawal pegawai di bawahnya.

 

13 Comments