Azhar Bekas SUPOL Mat Sabu direman SPRM projek RM56 juta, lebih RM70 ribu dirampas
08:07 Jul 08, 2020  |  By SabahKini2
Azhar Bekas SUPOL Mat Sabu direman SPRM projek RM56 juta, lebih RM70 ribu dirampas

Tahun 2018 hanya dalam dua hari Azhar mampu membayar RM800 ribu kepada Jabatan Insolvensi kes muflisnya oleh beberapa kontraktor.Siasatan SPRM kes itu terhenti dizaman Shukri. Terbaru Azhar terlibat kes projek lebih RM59 juta. Azhar kini direman 6 hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman  Mohd Azhar Che Mat Dali bekas Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dalam siasatan membabitkan projek selenggaraan sistem keselamatan negara bernilai lebih RM56 juta.

Majistret Shah Wira Abdul Halim, mengeluarkan perintah reman selama 6 hari terhadap lelaki berusia 49 tahun itu, bermula hari ini sehingga 13 Julai, selepas mendengar permohonan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Mohd Azhar ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 8 malam semalam selepas hadir memberi keterangan.

Azhar Che Mat Dali ditahan SPRM..Projek RM56 juta.. wang lebih RM70 ribu dirampas

Siasatan mendapati Azhar menerima wang jutaan ringgit daripada sebuah syarikat sebagai balasan mendapatkan projek sistem tersebut secara rundingan terus dengan Kementerian Pertahanan Malaysia Ogos 2019.

“SPRM turut menyita pelbagai mata wang tunai yang dianggarkan bernilai lebih RM70,000 serta dokumen berkaitan projek berkenaan”.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM, menurut kenyataan badan anti-rasuah itu.

Kes Rasuah bayaran Muflis

SPRM pernah membuka siasatan terhadap pegawai itu pada 2018 atas tuduhan bahawa dia menerima wang lebih RM800,000 dari beberapa pihak untuk menyelesaikan statusnya yang muflis.

[ARTIKEL BERKAITAN- Setiausaha Politik Mat Sabu disiasat SPRM terima RM800k dari 12 kontraktor ]

Ia sesuatu yang sangat mencurigakan apabila seorang yang muflis mampu segera membayar hutangnya bagi membolehkan beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha politik Menteri Pertahanan.



Menurut sumber SPRM terdapat 12 orang telah memasukkan wang RM 800 ribu kepada Azhar bagi urusan pembayaran kepada jabatan insolvensi. Senarai pemberi wang itu adalah antara syarikat kontraktor yang mendapat projek di Kementerian Pertahanan. 

“Wang didepositkan dalam RM2,000 sehingga RM100,000, terkumpul RM800,000.”

Status muflis Mohd Azhar Che Mat Dali  itu diselesaikan dalam tempoh dua hari. Dokumen-dokumen tersebut menunjukkan bahawa empat bayaran yang meragukan masing-masing berjumlah RM318,525, RM100,000, RM300,000 dan RM100,800 dibuat dalam tempoh dua hari iaitu pada 30 Mei dan 31 Mei lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN- Azhar Setiausaha Politik Menteri mengaku terima wang RM800 ribu dari kontraktor ]

Mohd Azhar sepatutnya didakwa kes itu namun diselamatkan oleh legasi SPRM bawah Dato’Sri Shukri Abdull yang pro Dr Mahathir maka kes itu ditutup buat sementara waktu.

Dilaporkan kes ini juga disiasat semula.

1 Comment