Masiung dilapor ‘jutawan’ kini rumah diserbu LHDN
13:07 Jul 09, 2020  |  By SabahKini2
Masiung dilapor ‘jutawan’ kini rumah diserbu LHDN

Selepas keluar UPKO, Masiung menyertai Warisan. Beliau juga ada desas-desus keluar Warisan. Hari ini Masiung dilapor memiliki pendapatan luar biasa dan kini LHDN menyerbu rumah Masiung. Apa seterusnya?

KOTA KINABALU: Bekas Naib Presiden UPKO yang melompat ke Warisan kini diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) apabila Sembilan pegawai LHDN menyerbu kediaman beliau di Kepayan hari ini.

Datuk Masiung Banah yang juga Adun Kuamut itu telah diintai lama oleh LHDN berhubung dakwaan kekayaan, sumber pendapatan dan cukai pendapatannya

Menurut sumber semua sumber pendapatan dan akaun Masiung Banah sudah diselidiki lebih awal sebelum pegawai dari Kuala Lumpur datang membuat serbuan ke rumahnya jam 9 tanpa memberikan apa-apa notis.

Tiada sebarang dokumen diambil, cuma mereka mengambil gambar dari pelbagai sudut di dalam kediaman Masiung.

“Mereka sampai depan rumah pukul 9 pagi dan masuk pada pukul 12 tengah hari serta menunjukkan kad kuasa sebagai pegawai LHDN.

“Kami tidak tahu motif mereka kerana tidak dimaklumkan cuma yang pasti mereka ambil banyak gambar dalam rumah,” katanya.

Sebelum ini, Masiung membuat laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu beranggapan ia satu ancaman beberapa individu yang tidak dikenali di kediamannya.

Awal jun lalu Masiung Banah dilaporkan bakal menyertai parti baharu mengukuhkan KDM di Sabah. Bagaimanapun Masiung melakukan U-Turn kembali menyokong Shafie Apdal kerana telah mendapat dana jutaan ringgit untuk kekal bersama Warisan.

Serbuan LHDN dan SPRM antara dua badan penguatkuasa yang digeruni di negara ini. LHDN boleh memeriksa segala sumber pendapatan atau seseorang itu melarikan diri daripada membayar cukai.

Dato’ Sri Najib Razak misalnya antara sasaran Lembaga Hasil Dalam Negeri sebelum ini apabila cuba mendapatkan penghakiman terus dalam saman tuntutan cukai berjumlah RM1.69 bilion ke atas bekas perdana menteri  itu.

 

 

3 Comments