SPRM tahan Pengarah Jabatan Air 'Orang Kanan Peter' kes projek infrastruktur RM1.5B?
05:07 Jul 10, 2020  |  By SabahKini2
SPRM tahan Pengarah Jabatan Air 'Orang Kanan Peter' kes projek infrastruktur RM1.5B?

Belum sebulan sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, bekas Timbalan Pengarah JKR (Jeraya) ini telah direman SPRM siasatan kes infrastruktur RM1.5b. Edward Lingkapo merupakan pegawai kepercayaan Peter Anthony sehingga dilantik Pengarah JANS.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menahan Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah Ir Edward Lingkapo disyaki terlibat rasuah berkaitan dengan projek pembangunan infrastruktur.

Sumber mengatakan bahawa Edward Lingkapo dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada hari Khamis (9 Julai) dan direman selama empat hari.

Sumber juga mengatakan bahawa Edward, berusia 50-an, ditangkap pada hari Rabu (8 Julai) setelah dia dipanggil ke pejabat SPRM Sabah di sini.

Ir Edward Lingkapo sebelum ini merupakan Timbalan Pengarah JKR Sabah bahagian Sektor Jeraya yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah awal jun lalu.

 

Ir Edward Lingkapo merupakan pegawai kepercayaan Datuk Peter Anthony yang terlibat dalam skandal projek RM1.5 bilion rundingan terus dilaporkan Sabahkini2 baru-baru ini selain Pengarah JKR Sabah Ir. Richard Jomiji Kinsil.

[ARTIKEL BERKAITAN- Skandal 'Rundingan Terus' RM1.5B syarikat kroni Peter Anthony, SPRM perlu segera siasat, serbu ]

LIMA siri awal pendedahan Sabahkini2 skandal projek JKR RM1.5 bilion menunjukkan 5 syarikat dilantik secara lantikan terus. Bagaimanapun 4 syarikat kroni itu lebih kontroversi kerana mendapat projek bernilai RM325 juta sehingga RM500 juta. 4 siri itu ialah;

  1. 14 Februari: Terbaru! Peter Anthony, Pengarah JKR Sabah bersekongkol rasuah beri syarikat kroni lebih RM1.5B tanpa tender

  2. 19 Februari: Skandal JKR RM1.5B: Mengejutkan! Kroni Peter Anthony dalam kes Michael Ubu RISDA diberi ratusan juta kontrak

  3. 22 Februari: Kantoi 'LOA' AK Kontraktor, AK Setiabina RM725 juta terdedah, Pengarah JKR Ugut Pegawai?

  4. 4 Mac: Skandal JKR RM1.5B: Peter Anthony beri projek syarikat kroni, mana SPRM?

  5. 24 Mac: Sarawak beri RM1.15B bantu Covid-19, Sabah 'senyap-senyap' tukar projek Rundingan Terus RM1.5B kepada Tender Terhad 'pau' Kontraktor!

 

Tidak dipastikan jika Edward Lingkapo juga baru sebulan sebagai Pengarah Jabatan Air jika terlibat projek infrastruktur yang diuruskan oleh Datuk Amarjit Sing seperti Empangan Papar. Sumber lain berkata Edward turut disiasat projek longkang dan pembentungan di beberapa daerah di Sabah.

Siasatan SPRM dilakukan oleh Bahagian Operasi Khas (BOK) di Putrajaya.

Pegawai SPRM Sabah enggan mengulas mengenai siasatan yang sedang dijalankan.

Apa yang jelas Ir Edward Lingkapo adalah pegawai kesayangan Datuk Peter Anthony sejak di JKR lagi bagi mengurus bahagian jeraya. Kini mandat tu ke Jabatan Air Negeri. Pastinya Peter punya motof yang jelas meletakkan orang kanannya JKR ke Jabatan Air Sabah.

Apakah selepas ini Datuk Peter Anthony dan Pengarah JKR akan bakal dipanggil SPRM? sama-sama lihat

34 Comments