Daerah Semporna 'Biggest Shithole' kini dinobat juara Kolera di Sabah
23:07 Jul 13, 2020  |  By SabahKini2
Daerah Semporna 'Biggest Shithole' kini dinobat juara Kolera di Sabah

Tahun 2018 Pelancong luar menobatkan Semporna daerah 'Biggest Shithole'. Kini bandar ini tahun 2020 menjadi juara Kolera sesuai dengan ciri daerah ini yang menjadi juara sampah.

KOTA KINABALU: Tahniah Daerah Semporna juara segala juara, juara sampah dan bandar terapung Warisan selain dinobat oleh pelancong sebagai bandar ‘Biggest Shithole’ di Malaysia, terbaru Daerah Semporna mencatatkan kes kolera tertinggi di Sabah dengan 16 kes termasuk enam kes yang tidak menunjukkan sebarang gejala.

Penyakit Taun atau kolera dikaitkan dengan kekotoran dan pencemaran makanan. Ini dikatakan sesuai dengan cara hidup orang Semporna yang gagal mengamalkan kebersihan di daerah itu.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi berkata, setakat hari ini, 39 kes kolera dilaporkan di Sabah termasuk tujuh kes yang tidak bergejala seperti cirit-birit, muntah mahupun kurang selera makan.

Bagaimanapun, tiada kes baharu berkaitan wabak kolera dilaporkan semalam.

Setakat ini, wabak kolera dikesan di tujuh daerah di Sabah termasuk Semporna dan masing-masing 12 kes di Kota Kinabalu; empat kes di Beaufort, tiga kes Putatan, dua kes di Kinabatangan serta satu kes di Tuaran dan Sipitang.

Berikutan kes kolera yang dilihat semakin meningkat, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menasihatkan orang ramai supaya minum air yang dimasak, pastikan buah-buahan, sayuran, latok serta ulam-ulaman dibasuh dengan air terawat sebelum dimakan mentah.

“Orang ramai juga perlu membasuh tangan dengan sabun sebelum makan atau mengendali makanan dan selepas menggunakan tandas.

“Memastikan makanan laut dan daging dimasak dengan sempurna pada suhu yang tinggi serta menggunakan tandas yang bersih dan sempurna,” jelasnya

Dinobat bandar 'Biggest Shithole' Shafie Arah Bersihkan Semporna elak digelar Daerah kotorShafie Apdal sebelum ini mengarahkan Semporna dibersihkan daripada sampah. Namun masih gagal

9 Comments