Tiada lagi kapal China ceroboh perairan negara Anifah sanggah Hishammudin
11:07 Jul 16, 2020  |  By SabahKini2
Tiada lagi kapal China ceroboh perairan negara Anifah sanggah Hishammudin

Benarkah tiada lagi kapal China menceroboh perairan negara sejak Hishammuddin memimpin Wisma Putra? Faktanya amat jelas kapal China amat kerap menceroboh perairan negara sejak April lalu. Apa tindakan kita?

 

Laporan Jabatan Audit Negara melaporkan kapal China menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019.
Hishammudin kata dalam 100 hari tiada pencerobohan.
Benarkah? bukankah sejak April dan hingga kini pencerobohan terus berlaku?

Anifah Aman Bekas menteri luar hari ini menyanggah dakwaan Hishammuddin Hussein bahawa tiada lagi kapal China menceroboh perairan negara sejak beliau memimpin Wisma Putra

April lalu Anifah Aman dalam surat terbukanya dan menegur kerajaan mengambil tindakan sewajarnya berhubung aktiviti survei yang dijalankan oleh kapal China di dalam kawasan maritim Malaysia.

[ARTIKEL BERKAITAN- Surat Terbuka Anifah Aman kepada Perdana Menteri mengenai 'Isu Laut China Selatan' ]

Anifah berkata kapal penguatkuasa China dilihat mengiringi kapal peninjau China di perairan Malaysia.Begitu juga kapal pengawal pantai China dilihat berdekatan Beting Patinggi Ali pada Mei, Jun dan Julai.

“Saya terkejut dengan kenyataan menteri. Beliau sama ada tidak boleh terima hakikat atau tidak tahu faktanya. Lebih teruk lagi, beliau bermain politik dengan kepentingan maritim dan strategik Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Hishammuddin membuat dakwaan itu semasa menjawab laporan Jabatan Audit Negara yang melaporkan kapal China menceroboh perairan Malaysia sebanyak 89 kali antara 2016 dan 2019.

Beliau juga berkata bagaimana Malaysia memastikan tiada lagi pencerobohan adalah antara Beijing dan Putrajaya.

Anifah berkata sebagai sebuah negara yang secara sah berdaulat ke atas perairan di Laut China Selatan, Malaysia tidak patut teragak-agak membantah sepenuhnya kegiatan tanpa izin kapal asing dalam perairannya.

“Tentunya tidaklah keterlaluan untuk berharap kementerian sekurang-kurangnya memanggil duta China untuk menyatakan perasaan tidak senang hati Malaysia terhadap kegiatan tanpa izin kapal pengawal pantai China dalam kawasan maritim Malaysia di Laut China Selatan.”

Beliau menambah Malaysia tidak pernah mengiktiraf tuntutan China dalam kawasan perairan di Laut China Selatan.

Beliau menggesa kerajaan menegakkan pendiriannya bagi memastikan kepentingan maritim dan strategik negara tidak dalam bahaya.

“Kegagalan berbuat demikian akan merugikan negara.”

Bagaimanapun, Anifah membuat pendirian untuk mempertahankan kepentingan Malaysia bukan bermakna Putrajaya harus berkonfrontasi.

Sebaliknya, Malaysia harus memastikan proses undang-undang dan diplomasi dihormati sepenuhnya dan kedaulatan undang-undang ditegakkan sama ada undang-undang antarabangsa atau Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Undang-Undang Laut.

Bukti pencerobohan

April lalu pensyarah UKM, Abdul Muein Abadi yang juga Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs, Leiden University, Belanda menulis mengenai pertembungan antara kapal pemusnah China dengan angkatan armada laut Amerika Syarikat di Laut China Selatan di perairan negara yang ramai tidak mengetahuinya secara terperinci. Tulisan itu membuka mata betapa seriusnya masalah keselamatan di perairan negara kita.

[ARTIKEL BERKAITAN- Kapal Pemusnah China dan Armada Amerika Di Laut Kita, Menteri Luar tak buat nota bantahan diplomatik? ]

Pencerobohan itu dikatakan cukup luar biasa oleh China di perairan kita – bukan sahaja mereka menghantar kapal hidrografi dan kapal peronda pengawal pantai, tetapi juga Kapal Pemusnah Type 052B iaitu Wuhan (169) seperti mana laporan New York Times.

Dengan segera, Amerika Syarikat telah mengerahkan angkatan armada mereka iaitu Kapal Penyerang Amfibia (LHA), USS America, kapal ‘guided-missile cruiser’ USS Bunker Hill (CG52) dan ‘guided-missile destroyer’ USS Barry-DDG 52.

Portal Malaysia Defence Review melaporkan bahawa Kapal Penyerang Amfibia (LHA) milik Tentera Laut Amerika Syarikat (USN), USS America berada dalam kedudukan 100 batu nautika dengan kelajuan penuh dari Kapal Ekplorasi dan Penggalian milik Petronas, West Capella.

 Oleh itu dari mana fakta tiada pencerobohan kapal China dalam 100 hari?

7 Comments